PRU Bila-bila Masa, Tangguh Sidang Umno Jika Bertembung
KUALA LUMPUR : Pilihan raya umum ke-14 (PRU14) boleh diadakan pada bila-bila masa walaupun tarikh Perhimpunan Agung Umno telah ditetapkan pada 5 hingga 9 Dis ini, kata perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau yang juga presiden Umno berkata jika kedua-dua tarikh itu bertembung, perhimpunan agung itu boleh ditangguhkan.
“Pilihan raya umum boleh diadakan bila-bila masa, malah jika ia bertembung dengan tarikh Perhimpunan Agung Umno, kita akan tangguhkan (perhimpunan Agung Umno),” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
Mengulas lanjut Najib berkata perhimpunan agung itu akan dimulakan dengan Taklimat Presiden pada 5 Dis, diikuti perasmian sayap pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri pada sebelah malam.
Katanya persidangan sayap parti akan diadakan pada 6 Dis diikuti mesyuarat Majlis Tertinggi pada malamnya.
Persidangan penuh pula akan diadakan pada 7 hingga 9 Dis.
Turut hadir timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga naib presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas timbalan presiden dan naib presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein. — Bernama
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vl3P7w
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment