Hi! Welcome Back and Stay Tune! PRU14 BOLEH DIADAKAN BILA-BILA MASA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PRU14 BOLEH DIADAKAN BILA-BILA MASA

KUALA LUMPUR – Pilihan raya umum ke-14 (PRU14) boleh diadakan pada bila-bila masa walaupun tarikh Perhimpunan Agung Umno telah ditetapkan pada 5 hingga 9 Dis ini, kata  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang juga Presiden Umno berkata jika kedua-dua tarikh itu bertembung, perhimpunan agung itu boleh ditangguhkan.

“Pilihan raya umum boleh diadakan bila-bila masa, malah jika ia bertembung dengan tarikh  Perhimpunan Agung Umno, kita akan tangguhkan (perhimpunan Agung UMNO),” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Mengulas lanjut Najib berkata perhimpunan agung itu akan dimulakan dengan Taklimat Presiden pada 5 Disember, diikuti perasmian sayap pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri pada sebelah malam.
Katanya persidangan sayap parti akan diadakan pada 6 Disember diikuti mesyuarat Majlis Tertinggi  pada  malamnya.

Persidangan penuh pula akan diadakan pada 7 hingga 9 Disember.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas timbalan presiden dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata sambutan ambang merdeka dan sambutan Hari Kebangsaan 2017 akan lebih meriah dan istimewa jika kontinjen negara menjuarai Sukan SEA 2017 (KL2017).

“Dengan sokongan rakyat yang boleh dikatakan memuncak di semua venue-venue,  atlet berhempas pulas untuk mencapai kejayaan demi negara, mudah-mudahan jika trend ini berlarutan, kita ada peluang jadi juara.

“Sambutan ambang merdeka dan 60 tahun kemerdekaan pasti ada kelainan berbanding sambutan yang pernah kita adakan,” katanya.

Sehingga berita ini ditulis, Malaysia mendahului pungutan pingat dengan memperoleh 141 pingat iaitu 61 emas, 45 perak dan 35 gangsa.

KL2017 bermula 19 Ogos dan dijangka berakhir 30 Ogos ini. – Bernama



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wCCi5E

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.