Quzandria Anggap Rezeki Bakal Anak
ATLET ekuestrian negara, Quzandria Nur Mahamad Fathil sanggup mengetepikan faktor sedang mengandung lima bulan demi menghadiahkan pingat emas buat negara dalam acara dressage individu.
Pengorbanannya itu berbaloi apabila beliau yang mempamerkan persembahan bertenaga bersama kudanya, Rosenstolz berjaya mengetepikan sembilan peserta lain untuk menggondol pingat emas dengan mencatat mata keseluruhan 152.029.
“Saya telah berbincang dengan doktor mengenai keadaan saya tetapi ia tidak menggugat saya. Apa yang saya buat ini untuk negara.
“Memang ia merupakan cabaran buat saya tetapi ia memberi kepuasan kepada kita apabila kita meraih kejayaan itu. Dan ini satu pencapaian yang sangat bermakna.
"Saya anggap kejayaan ini rezeki anak yang akan dilahirkan nanti," katanya.
Tempat kedua menjadi milik abangnya, Qabil Ambak, yang menunggang Walkuere dengan mencatat 149.547 mata manakala tempat ketiga disahkan oleh wakil dari Singapura, Caroline Chew, yang menunggang Tribiani.- Sinar Harian
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wL2x9k
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment