Hi! Welcome Back and Stay Tune! SAYA TAK PERCAYA PADA KETUANAN MELAYU, KATA DR MAHATHIR - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SAYA TAK PERCAYA PADA KETUANAN MELAYU, KATA DR MAHATHIR

DR Mahathir Mohamed, yang sebelum ini ketika menjadi perdana menteri giat membawa dasar Melayu kini berkata beliau tidak percaya dengan “ketuanan Melayu” yang mengatakan Melayu lebih superior, dan berkata semua kaum di negara ini perlu bekerjasama untuk berjaya.

Bercakap pada satu forum malam tadi, beliau berkata perbezaan kaum di Malaysia mempunyai keseimbangan yang baik dengan setiap kaum ada identiti serta peranan masing-masing yang memberi kelebihan kepada negara.

“Kita tidak patut usik keseimbangan itu, ia sudah elok. Cina secara asasnya mengawal ekonomi. Orang Melayu bagus dalam politik dan mereka ‘tuan’ hanya kerana mereka bercakap mengenai ‘ketuanan Melayu’.

“saya tidak percaya dengan ‘ketuanan Melayu’,” katanya.
Dr Mahathir berkata India di Malaysia masih memerlukan bantuan terutama bagi mereka yang terpinggir.

Beliau yang kini pengerusi gabungan pembangkang Pakatan Harapan, bercakap demikian pada forum mengenai impak pelaburan China di Malaysia.

Ketika menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003, pentadbiran Dr Mahathir mengguna pakai dasar pro Bumiputera yang meliputi banyak bahagian termasuk peluang pendidikan dan kesaksamaan korporat.

Melayu juga memegang dominasi politik menerusi Umno, parti utama dalam gabungan parti pemerintah Barisan Nasional yang pernah diketuai Dr Mahathir.

Dr Mahathir memuji bapa pengasas Malaysia yang pelbagai bangsa bekerjasama dalam mencapai kemerdekaan untuk Malaya daripada penjajah British pada 1957.

Katanya, British meragui bagaimana tiga kaum besar mahu bekerjasama kerana perbezaan bahasa, agama dan budaya mereka.

“British kata orang Melayu miskin akan rompak harta Cina dan mengambil semuanya. British jangkakan negara ini akan kecoh.

“Tetapi, pengasas kita Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan VT Sambanthan memutuskan kita patut berkongsi negara ini, dan itu langkah bijak,” katanya merujuk kepada perdana menteri pertama, pengasas parti Cina, MCA dan bekas presiden parti India MIC.

Dr Mahathir berkata jika mana-mana kaum mahu “ambil 100% untuk diri sendiri”, Malaysia tidak akan berkembang dan membangun sebagai satu negara.

“Kita belum lagi negara membangun, tetapi dibandingkan dengan negara lain yang mencapai kemerdekaan bersama kita, mereka jauh ketinggalan, kecuali Singapura.

“Jadi idea perkongsian ini sangat hebat dan kerana itu, di sebalik populasi pelbagai bangsa, negara ini relatifnya aman dan membangun dengan baik,” katanya.

– http://ift.tt/2pAR1dR

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vllRq5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.