Stadium Mana Pun Tak Kisah
Jurulatih skuad bola sepak bawah 22 tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee, tidak mahu bersandarkan tuah beraksi di Stadium Shah Alam sebagai penentu kejayaan di final menentang Thailand Selasa ini.
Baginya, bertemu pasukan terbaik rantau ini yang juga juara bertahan Thailand, faktor venue bukan jaminan kemenangan walaupun sudah mencatat lima kemenangan berturut-turut di Shah Alam.
“Memang benar kita belum tewas di Shah Alam namun harus ambil kira pertemuan menentang gergasi Asia Tenggara, venue tidak memberikan jaminan.
“Kita harus kekal berdisiplin dan fokus. Seperti saya katakan, kami tidak kisah bermain di mana-mana pun, perjuangan tetap sama,” katanya.
Pada awalnya ada cadangan perlawanan akhir diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang berwajah baru namun selepas mesyuarat penyelarasan antara wakil Kementerian Belia dan Sukan serta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini memutuskan untuk aksi final itu kekal di Stadium Shah Alam jam 8.45 malam.
Difahamkan keputusan itu dibuat kerana tidak mahu mengganggu persiapan upacara penutupan Sukan SEA pada Rabu ini.
Anak buah Kim Swee sudah beraksi di Stadium Shah Alam dalam empat perlawanan di peringkat Kumpulan A dengan mencatat rekod bersih kemenangan ke atas Brunei dan Singapura (2-1) manakala Myanmar dan Laos (3-1) sebelum menewaskan Indonesia 1-0 di separuh akhir, semalam.
Thailand, juara bertahan yang bersaing dalam Kumpulan B, hanya beraksi di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) termasuk ketika mengalahkan Myanmar 1-0 di separuh akhir.
“Kami tidak kisah final akan bermain di mana sama ada di Stadium Nasional mahupun Stadium Shah Alam, kami tahu penyokong-penyokong akan sentisa membanjiri stadium untuk memberikan sokongan penuh kepada kami,” kata Kim Swee.
Kali terakhir Malaysia beraksi dalam final di Stadium Shah Alam pada 2001 di mana pasukan tuan rumah tewas 0-1 kepada Thailand.-myMetro
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xF3A88
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment