Taufan Harvey Cetus Banjir Di Houston
HOUSTON: Taufan Harvey mencetuskan banjir meluas di Houston, semalam sehingga menyebabkan banyak kediaman dan lebuh raya ditenggelami air, ketika penduduk mencari perlindungan dengan ramalan hujan luar jangkaan untuk tempoh beberapa hari lagi.
Harvey membadai lewat Jumaat lalu sebagai taufan paling kuat melanda Texas dalam tempoh 50 tahun dan sudah meragut dua korban, setakat ini.
Jumlah kematian itu dijangka meningkat, ketika ribut mencetuskan air pasang dan puting beliung dengan beberapa wilayah dijangka menerima jumlah hujan setahun hanya dalam tempoh seminggu.
Ribut itu menyebabkan banjir sehingga ke paras dada di beberapa jalan di Houston, ketika sungai dan terusan melimpah ke tebing.
Perkhidmatan cuaca nasional berkata, lebih 64 sentimeter hujan turun di beberapa bahagian di bandar itu sehingga memaksa penduduk naik ke bumbung sementara ada yang berpindah ke pusat perlindungan kecemasan.- Reuters
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2waravt
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment