Tebuan 'Berumah' Pada Tayar Kenderaan
GUA MUSANG: Seorang peniaga tidak menyedari kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya menjadi lokasi tebuan membuat sarang hinggalah serangga berbisa itu dilihat menghurung bahagian tayar kanan kenderaannya, kelmarin.
Malah, sarang yang dibentuk sudah bersaiz seperti sebiji bola ragbi yang elok melekat di ruangan dalam bahagian tayar MPV jenis Naza Ria itu.
Muslim Mustapa, 24, yang tinggal di Taman Titiwangsa, Bandar Baru, berkata, dia mengetahui kewujudan sarang itu selepas diberitahu jirannya yang melihat banyak tebuan keluar dari kenderaan itu.
“Kira-kira jam 1 petang semalam (kelmarin) jiran memberitahu melihat tebuan keluar dari bahagian kanan kereta dan saya segera memeriksanya.
“Saya terkejut melihat sarang bersaiz bujur menyamai bola ragbi dekat kawasan tayar. Saya yakin sudah lebih sebulan kalau berdasarkan saiz sarang itu,” katanya.
Muslim berkata, dia menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Gua Musang untuk membantu memusnahkan sarang tebuan itu.-myMetro
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xoVNMn
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment