Hi! Welcome Back and Stay Tune! Thanabalan Penyerang, Anak Cemerlang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Thanabalan Penyerang, Anak Cemerlang


“Biarpun anak kami sibuk menjalani latihan, dia tidak pernah sesekali melupakan keluarga malah menjadi tunjang kepada keluarga ini,” kata S Nadarajah, 56, bapa kepada penyerang sensasi pasukan bola sepak bawah 22 tahun negara, N Thanabalan.

Nadarajah berbangga apabila anaknya muncul wira dan penjaring tunggal membawa Malaysia ke perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2017 selepas menumbangkan Indonesia 1-0 di Stadium Shah Alam, Selangor, malam semalam.

Katanya, Thanabalan adalah anak yang baik dan menggunakan gaji diterima sebagai pemain bola sepak untuk membantu keluarganya.

"Dia lebih mengutamakan keluarga berbanding membeli barangan untuk dirinya. Malah dialah yang menjadi ketua keluarga selepas saya terbabit kemalangan pada 14 April 2013," katanya sebak.

Mengulas mengenai tragedi itu katanya, ketika itu dia dari Seremban ke tempat kerja di Kuala Lumpur.

"Semasa kejadian, saya menunggang motosikal jam 6.30 pagi sebelum sebuah kereta merempuh dari belakang. Disebabkan itu, saya kini lumpuh separuh badan bermula daripada bahagian dada hingga kaki," katanya ditemui di rumahnya di Taman Seremban Jaya, di sini, malam ini.

Menurut Nadarajah, sejak daripada itu Thanabalan menggalas tugasnya dan menampung perbelanjaan dapur, bil ultiliti, kos perubatan dan dua adiknya, Kheeteeswaran, 19, dan Keerthikaa, 13.

"Sejak menyarung jersi pasukan negara, Thanabalan beritahu tidak mahu berenggang dengan keluarga kerana risau keadaan kami. Selepas menjalani latihan, dia akan pulang ke rumah untuk memandikan, menukar lampin dan mendukung saya ke katil disebabkan saya tidak mampu bergerak," katanya.

Katanya lagi, walaupun terpaksa berulang alik dari Kuala Lumpur, anaknya tidak pernah mengeluh dan memberitahu dirinya penat.

"Saya bangga dengan dia apatah dalam kecemerlangannya dalam bola sepak," katanya.

Dia yang juga bekas pemain bola sepak melatih anaknya dalam sukan itu bermula di sekolah rendah.

"Ketika Thanabalan kecil, dia akan menendang apa juga objek yang ditemui terutama botol. Dia juga sering menghubungi saya selepas tamat perlawanan untuk beri pandangan mengenai aksinya di padang," katanya.

Menurutnya lagi, perkara sering ditekankannya adalah menggunakan kepala apabila melakukan serangan sewaktu bola diperoleh melalui sepakan sudut.

"Ternyata dia mendengar arahan apabila menjaringkan gol pada minit ke-87 malam tadi (semalam)," katanya mengharapkan pasukan negara muncul juara dan membenam cabaran Thailand pada Selasa ini.-myMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vBNqea

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.