Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiga beranak dilarikan penjenayah di stesen minyak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiga beranak dilarikan penjenayah di stesen minyak

sad
Kereta dinaiki lima beranak yang dilarikan dua penjenayah, semalam.
(Ubah saiz teks)
KUALA KRAI - Tiga beranak berdepan detik cemas setelah kereta dinaiki dilarikan penjenayah  di sebuah stesen minyak di Batu Jong,kira-kira jam 10.30 malam, semalam.

Ketika kejadian mangsa, Nur Baitin Nadiah Awang, 23,bersama ibunya, Fatimah Husin 62, bapa, Awang Abu Bakar, 62, serta dua anaknya, Nur Amara Darwisha Mohd Nije, 2 dan Nur Aleya  Batrisya Mat Nije, 6, dalam perjalanan dari Bandar Kuala Krai ke rumah mereka di Batu Jong.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata, setelah tiba di stesen minyak bapa mangsa ke tandas sementara mangsa turun untuk mengisi angin tayar kereta.
"Semasa mangsa mengepam  tayar, keretanya terundur ke belakang dan bapanya sempat menarik suspek untuk memberhentikan kenderaan namun gagal.

" Ketika kereta beredar mangsa melihat sebuah kereta proton wira biru mengekori kenderaan berkenaan,"katanya kepada Sinar Harian.
Abdullah berkata, sepanjang dilarikan dua penjenayah, Fatimah diacu dengan pisau pada leher.
"Mangsa bagaimanapun ditinggalkan di Machang bersama dua cucunya," katanya.

Beliau berkata, suspek dipercayai berketurunan India berdasarkan percakapannya dan berkulit gelap serta memakai sarung tangan.
"Sehingga kini tiada tangkapan dibuat dan polis sedang memburu dua suspek dipercayai berketurunan India," katanya.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vulBoW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.