Hi! Welcome Back and Stay Tune! TINDAKAN MENJAUHKAN DIRI DARI NORLELA ‘TIDAK WAJAR’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TINDAKAN MENJAUHKAN DIRI DARI NORLELA ‘TIDAK WAJAR’

GEORGETOWN – Tindakan PKR Pulau Pinang yang menjauhkan diri dari Adun Penanti, Dr Norlela Ariffin dilihat satu perbuatan tidak wajar dan amat menyedihkan berikutan beliau hanya menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat.

Adun Pulau Betong, Datuk Muhamad Farid Saad berkata, beliau terkejut dengan laporan dari sebuah portal yang menyatakan Norlela di pulau oleh PKR Pulau Pinang kerana mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas serbuan dibuat ke atas sebuah kilang haram di Permatang Pauh.

Sambil menyatakan sokongannya terhadap Norlela, Muhamad Farid berkata, tidak wajar Norlela diperlakukan seperti itu kerana beliau hanya mahu keadilan kepada rakyat di kawasannya.

“Jika benar berlaku seperti mana laporan itu, ia amat mendukacitakan. Ini kerana, Norlela hanya mahukan keadilan dan pembelaan kepada penduduk dan pengundi di kawasan yang diwakili beliau dan PKR. Mengapa perlu menjauhkan diri darinya hanya kerana beliau mengucapkan terima kasih ke atas usaha SPRM itu?

“Adalah amat tidak wajar dan tidak adil beliau disisihkan hanya kerana menyokong tindakan SPRM kerana mengambil tindakan ke atas isu yang beliau bangkitkan untuk tindakan pihak berkuasa Kerajaan Pulau Pinang dua tahun lalu,” katanya menerusi kenyataan medianya, hari ini.

Terdahulu, PKR Pulau Pinang dilaporkan menjauhkan diri daripada Norlela kerana mengucapkan terima kasih kepada SPRM yang  mengambil tindakan terhadap isu kilang haram di Seberang Perai.

Ucapan penghargaan itu disiarkan di Facebooknya selepas Exco Kebajikan, Alam Sekitar dan Masyarakat Penyayang, Phee Boon Poh ditahan SPRM Jumaat lalu kerana disyaki melakukan kesalahan menyalahgunakan kuasa.

Tindakan Norlela itu juga dikatakan keterlaluan kerana SPRM dilihat hanya mensasarkan pembangkang dan ikan bilis, bukan jerung besar seperti mereka yang terlibat dalam skandal 1MDB.

Muhamad Farid berkata, sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan keadilan kepada semua rakyat, PKR sepatutnya menyokong tindakan Norlela.

– http://ift.tt/1bq4zcn

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wHglz9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.