Tol Percuma, Diskaun Sempena Sambutan Merdeka
KUALA LUMPUR: Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) menawarkan laluan tol percuma kepada semua kelas kenderaan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan diskaun tol 20 sen bagi Lebuhraya SPRINT sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-60.
Ketua Pegawai Eksekutif LITRAK dan SPRINT, Sazally Saidi, berkata laluan tol percuma dan diskaun tol itu berkuat kuasa dari jam 12 tengah malam 31 Ogos dan berakhir pada jam 11.59 malamnya.
"Dianggarkan 410,643 kenderaan bakal menikmati laluan tol percuma dan 155,357 pengguna bakal menikmati diskaun laluan tol itu.
"Tawaran ini adalah sebahagian inisiatif untuk berkongsi kegembiraan dalam menyambut hari kemerdekaan selain menyemarakkan lagi semangat patriotik," katanya ditemui pada Program Sambutan Kemerdekaan 2017 LITRAK, SPRINT, KESAS DAN SMART bersama anak-anak yatim.
Sazally berkata, sejak tahun 2010 hingga 2016, Lebuhraya LDP memperuntukkan insentif sebanyak RM4.6 juta bagi tol percuma manakala Lebuhraya SPRINT sebanyak RM165,000 khusus untuk sambutan kemerdekaan.
"Untuk musim perayaan utama di Malaysia insentif yang sudah diperuntukkan bagi Lebuhraya LDP adalah sebanyak RM10.14 juta manakala Lebuhraya SPRINT adalah RM900,000," katanya.
Sementara itu, seramai 100 orang anak-anak yatim dari tiga rumah kebajikan iaitu, Pusat Jagaan Lambaian Kasih Sg Penchala, House of Joy, Kinrara dan Rumah Hope, Petaling Jaya dibawa melawat Tugu Negara dan Muzium Negara untuk mempelajari sejarah asal-usul Malaysia dan pahlawan negara yang telah berkorban untuk mendapatkan kemerdekaan.
Turut serta dalam program itu ialah pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bagi acara berbasikal Kriterium Lelaki dan ujian masa berpasukan, Mohamed Hariff Salleh dan Mohd Fauzan Lutfi.
"Kami berharap dengan kehadiran dua atlet negara ini dapat membantu menaikkan semangat anak-anak yatim ini untuk mengejar impian mereka ke tahap yang lebih tinggi," katanya. - BHonline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xqbZNt
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment