Hi! Welcome Back and Stay Tune! TPM Sedih Kekecohan 'Nothing To Hide 2.0' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TPM Sedih Kekecohan 'Nothing To Hide 2.0'


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyuarakan kesedihannya terhadap kekecohan forum 'Nothing to hide 2.0' anjuran Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Shah Alam, semalam.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kekasaran terhadap mana-mana individu atau tokoh tidak seharusnya berlaku dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

"Kita harap demokrasi dapat diterjemahkan dengan sebaiknya di negara ini, walaupun mungkin kita berbeza pendapat.

"Polis tentunya sudah menjalankan tindakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditentukan dan kita akan mengizinkan sebarang perjumpaan, pertemuan dan perhimpunan yang dibenarkan mengikut Akta Perhimpunan Aman termasuk majlis yang diadakan oleh sebuah parti pembangkang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Kongres Sedunia Persatuan Penyelidikan dan Kejuruteraan Alam Sekitar Hidro Antarabangsa (IAHR) Ke-37 di sini, hari ini.

Semalam, Forum 'Nothing to Hide 2.0' anjuran Armada PPBM bertukar kecoh ketika Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, menjawab soalan berhubung tragedi Memali yang berlaku pada 1985.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, polis akan menjalankan siasatan, mengambil tindakan dan melakukan pendakwaan jika terdapat kesalahan.

Mengenai dakwaan pihak tertentu bahawa serangan itu dilakukan oleh kumpulan dalam UMNO sebagai usaha mensabotaj forum berkenaan, Ahmad Zahid berkata polis akan melakukan siasatan terperinci. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vvXmZT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.