Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ulama hina wanita tak boleh memandu kerana otak kecil digantung tugas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ulama hina wanita tak boleh memandu kerana otak kecil digantung tugas

Seorang pendakwah Arab Saudi dilarang menjalankan aktiviti agama selepas berkata wanita tidak patut dibenarkan memandu kerana otak mereka kecil berbanding lelaki apabila beli-belah.

Saad Al-Hijri digantung daripada semua aktiviti agama selepas tidak bersetuju wanita dibenarkan memandu dalam ucapan yang disifatkan mengandungi ulasan ‘merendahkan nilai manusia’, lapor stesen penyiar yang memetik jurucakap gabenor Wilayah Asir.

Baca artikel sebelum: “Wanita tak patut dibenarkan memandu kerana kekuatan otak wanita hanya separuh dari otak lelaki” – Ulama Arab Saudi

Arab Saudi adalah satu-satunya negara yang melarang wanita memandu di sebalik usaha kerajaan meningkatkan peranan mereka, terutama dalam bidang pekerjaan.

Dalam video yang memperkenalkan beliau sebagai ketua Jabatan Mufti di wilayah selatan Arab Saudi itu, Al-Hijri ditanya apa perlu dilakukan jabatan trafik jika menemui lelaki dengan ‘separuh otak’.

“Adakah ia (jabatan) akan memberi lesen (memandu) kepada beliau atau tidak? Pasti tidak. Bagaimana boleh berikan lesen kepada mereka yang cuma ada ‘separuh otak’?

“Jika wanita ke pasar, ia hilang separuh lagi. Apa yang tinggal? Cuma suku. Kami mendesak jabatan trafik memeriksa kerana wanita tidak sesuai memandu dan mereka cuma ada ‘suku otak’,” katanya.

Ulasan itu mencetuskan kemarahan di media sosial yang amat popular di negara itu.

Pengguna Twitter berkongsi video berkenaan, ramai mengecamnya dan membuat jenaka mengenai kenyataan itu dengan ‘hashtag’ dalam bahasa Arab #Al-Hijri_wanita_suku_otak.

Sebahagian pengguna menyiarkan gambar saintis dan pakar akademik wanita popular Arab Saudi sebagai reaksi dan mempersoalkan kelayakan intelektual Al-Hijri.

Penggantungan tugas beliau seperti diarahkan gabenor, bertujuan menghalang penyebaran pandangan yang mencetuskan kontroversi dan tidak mewakili kepentingan negara, kata jurucakap menurut akaun Twitter rasmi saluran Ekhbariya TV. – Reuters

Sumber: Mynewshub



Sumber Ulama hina wanita tak boleh memandu kerana otak kecil digantung tugas

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wcHx8i

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.