Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aksi Fattah Amin dan Janna Nick Bercium Cetus Kontroversi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aksi Fattah Amin dan Janna Nick Bercium Cetus Kontroversi

Aksi Fattah Amin dan Janna Nick Bercium Cetus Kontroversi

Biarpun masih belum ditayangkan, drama adaptasi Coffee Prince lakonan Fattah Amin dan Janna Nick telah mencetuskan kontroversi apabila salah satu adegan yang kelihatan mereka seakan bercium tersebar.

Menerusi Insta Story, Fattah dan Janna dilihat membuat aksi seperti bercium bagi meniru adegan di dalam drama Korea terbabit.

Walaupun tiada sebarang sentuhan terjadi namun ianya telah mencetuskan kemarahan orang ramai yang merasakan adegan seperti tidak perlu dibuat biarpun drama tersebut sebuah adaptasi. Bukan itu sahaja malah nama pengarah tersohor, Micheal Ang turut diselar kerana menyelitkan adegan berahi di dalam drama tersebut lapor ROTIKAYA.COM.

Bagi peminat drama Korea, Coffee Prince, anda pasti tahu adegan tersebut dimainkan ketika peneraju watak utama Gong Yoo dan Yoon Eun-hye sedang berpura-pura bermain cinta (yang pada ketika itu dianggap hubungan sejenis) kerana menyangka wanita itu adalah lelaki bagi mengelak untuk keluar dengan gadis-gadis pilihan neneknya.

Babak Cium Fattah Amin dan Janna Nick Dikecam Peminat

Pun begitu, ada juga yang tetap mempertahankan tindakan Fattah dan Janna berbuat demikian, yang dikatakan hanyalah ‘camera trick’ untuk menghidupkan adegan bercium itu walaupun mereka sebenarnya tidak bersentuhan. Malah ada juga yang memuji aktor kacak itu yang berani mencabar diri membuat aksi itu walaupun akan dikecam.

Pastinya kalau berfikir dari sudut perfileman, adegan seperti ini harus dibuat demi menghidupkan jalan cerita sesebuah karya yang dihasilkan, apalagi jika ianya adaptasi. Pasti ramai yang mengharapkan kesan yang sama seperti drama asal. Namun apapun rasanya mungkin pengarah boleh hasilkan trick yang lain agar ianya tidak nampak keterlaluan. 



Sumber Aksi Fattah Amin dan Janna Nick Bercium Cetus Kontroversi

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xn5sWF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.