Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rangka 24 motosikal curi ditemui dalam sungai, 7 suspek ditahan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rangka 24 motosikal curi ditemui dalam sungai, 7 suspek ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menemui 24 rangka motosikal curi yang dibuang dalam Sungai Kertas, Batu Caves susulan penahanan tujuh individu termasuk lima dalang utama.

Dalam gerakan pada 13 September lalu itu, polis turut menemui dua komponen enjin selepas melakukan pencarian di dasar sungai berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa, berkata terdahulu sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul menahan dua lelaki di sekitar Batu Caves, pada jam 12.30 tengah malam berkenaan.

Katanya, susulan maklumat daripada suspek, polis menahan lima lagi individu yang juga dalang utama kes curi motosikal di sekitar Selayang dan Lembah Klang.

"Hasil siasatan, semua suspek kemudian menunjukkan polis lokasi mereka membuang rangka motosikal yang dicuri di Sungai Kertas.

RANGKA motosikal curi yang ditemui di dasar Sungai Tua, dekat Batu Caves. - Foto ihsan PDRM

"Pihak bomba serta Unit Skuba dari Balai Jalan Hang Tuah dipanggil bagi membantu mencari dan mengeluarkan semua 24 rangka berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, semua suspek berusia 17 hingga 20 tahun yang tiada pekerjaan tetap, aktif melakukan jenayah curi motosikal di sekitar Selangor dan Lembah Klang.

"Mereka disyaki melakukan perbuatan itu sebagai jalan mudah untuk mendapatkan wang," katanya.

Mohamed Rafiq berkata, siasatan mendapati suspek meleraikan komponen bernilai daripada motosikal yang dicuri sebelum menjualnya kepada pembeli yang mahukan alat ganti asli tetapi murah.

"Mereka kemudian membuang rangka motosikal terbabit ke dalam sungai berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal," katanya.



Sumber Rangka 24 motosikal curi ditemui dalam sungai, 7 suspek ditahan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fGKbNx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.