Bayi Perempuan Berusia 8 Bulan Didera Dan Dipukul Dengan Sudu Oleh Ibu Sendiri Lebih Dari 8 Kali Sehari..
Seorang ibu dari Australia mengaku bersalah atas tuduhan memukul dan mendera bayi perempuannya dengan sengaja.
Wanita itu didapati memukul bayi 8 bulan tersebut dengan sudu dapur, hingga meninggalkan kesan lebam yang teruk.
Menurut laporan mahkamah – Lorien Norman, 26 tahun telah ditahan dan diperiksa pihak berkuasa sejak Oktober tahun lepas.
Dia mendapat perhatian apabila cuba untuk mencampak anaknya, Evie dari balkoni!
Apabila polis dihubungi, mereka mendapati muka, hidung, mata dan pipi Evie penuh dengan kesan lebam.
Kedua-duanya dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Namun, Lorien menipu tentang kesan lebam itu mengatakan ia sebab Evie jatuh dari taman permainan.
Ibu ini terlepas hukuman walaupun mendera dan memukul bayinya dengan sengaja
Pemeriksaan doktor mendapati kesan kecederaan adalah akibat dicederakan secara fizikal. Yang sedihnya, Evie telah dipukul sekurang-kurangnya lebih dari 8 kali!
Senjata pukulan? Sudu di dapur.
Walaubagaimanapun, Lorien terlepas daripada hukuman penjara sekurang-kurangnya 13 tahun. Dia hanya dikenakan hukuman 2 tahun berkelakuan baikdan denda $500 saja.
Ini kerana Hakim Mahkamah Daerah mengesahkan kecederaan Evie “boleh sembuh nanti”.
Sedangkan menurut Hakim Costello, Lorien menghadapi “masalah” ketika membesar dan mempunyai sejarah tingkah laku yang tak terkawal.
Tambahan lagi, dia telah didiagnosis dengan masalah Borderline Personality Disorder.
Bukankah lebih selamat jika Evie dijaga oleh bapanya saja?
Bapa Evie menegaskan hukuman ini “tak masuk akal” dan tidak memberi sebarang keadilan pada Evie. Beliau dipetik menulis dalam Facebooknya –
“Kalau saya yang buat begitu pada anak ini, saya pasti masuk penjara.”
Borderline personality disorder (BPD)
Menurut NHS, borderline personality disorder adalah sejenis gangguan dalam mood atau bagaimana seorang individu berinteraksi dengan orang lain.
BPD adalah gangguan yang paling banyak didiagnosis dalam kumpulan masalah personaliti.
Biasanya, simptom BPD terbahagi kepada empat iaitu:
- Emosi yang tak stabil
- Corak pemikiran dan pandangan yang terganggu – gangguan kognitif atau persepsi
- Kelakuan yang tak dapat dijangka
- Tak memiliki hubungan yang stabil dengan individu lain
Gejala-gejala gangguan masalah personaliti ini mungkin berbeza-beza, dan boleh terjadi ketika remaja hingga meningkat dewasa.
Lorien mungkin mengalami masalah personaliti dan tekanan. Oleh itu, dia memerlukan sokongan pasangan untuk menjaga si anak demi keselamatan bayi tersebut.
Kami di theAsianparent mendoakan Evie dijaga dengan selamat selepas ini agar kejadian tersebut tidak berulang lagi.
Kredit: The AsianParent Malaysia
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x4SNat
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment