Bitcoin Sekali Lagi Jatuh Mendadak Pada Khamis
Bitcoin jatuh mendadak pada Khamis yang meningkatkan keraguan terhadap pemulihan harga matawang ini. Matawang digital ini jatuh sehingga 25% minggu lalu apabila regulator China menghalang bursa cryptocurrency di China.
Di bursa matawang digital Amerika Syarikat, Bitfinex menunjukkan kejatuhan bitcoin ke paras $3,629.50, jatuh sebanyak $246 atau 6.35% pada Khamis. Kejatuhan nilai Bitcoin ini menjadikan modal pasaran matawang digital ini jatuh di bawah $62 billion.
Bitcoin mengalami kesukaran untuk terus berada di sekitar paras harga $4,000 selepas regulator China menghalang urusniaga di beberapa bursa cryptocurrency di negara itu di mana ada yang memberi amaran Bitcoin adalah ‘Bubble’.
“Ia bukanlah penyimpan nilai kekayaan yang efektif kerana ia bergerak volatile (turun-naik), tidak seperti emas,” kata pengasas Bridgewater Associates Ray Dalio pada Selasa. “Bitcoin adalah pasaran spekualtif yang tinggi. Bitcoin adalah bubble.”
Pemain pasaran yang lain walaubagaimanapun cepat melatah dengan apa yang berlaku di China di mana halangan terhadap urusniaga cryptocurrency. Bursa bitcoin di China hanyalah mewakili 10-13% dagangan bitcoin di seluruh dunia setakat ini.
Setakat Jumaat, Bitcoin susut 0.25% kepada $3,594.00 manakala Etherium naik 0.25% kepada $257.41.
The post Bitcoin Sekali Lagi Jatuh Mendadak Pada Khamis appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jQLFcf
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment