Hi! Welcome Back and Stay Tune! Demi Cantona, Ferguson Tolak Peluang Dapatkan Zidane - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Demi Cantona, Ferguson Tolak Peluang Dapatkan Zidane



Manchester United memiliki peluang untuk menyambar khidmat Zinedine Zidane ketika Alex Ferguson diberikan ‘lampu hijau’ untuk menandatangani bakal pemain bintang dunia itu pada tahun 1996, menurut bekas pengerusinya, Martin Edwards. 

Zidane memberikan impak kepada bola sepak du­nia ketika mewakili Juventus dan Real Madrid dengan memenangi dua gelaran Serie A, La Liga dan Liga Juara-Juara.

Namun, kariernya mungkin sebaliknya jika Ferguson tidak menolak peluang tersebut untuk menandatanganinya tetapi disebabkan faktor mahu menjaga hati legenda The Red Devils, Eric Cantona, bekas pengendali United itu tidak berbuat demikian.

Pada tahun 1996, Edwards mendakwa United telah mendahului pasukan-pasukan lain untuk menandatangani Zidane ketika dia berusia 24 tahun dan bermain bersama Bordeaux.

Pun begitu, Ferguson kekal pendiriannya sebagaimana Zidane beraksi sama posisi seperti Cantona dan beliau bimbang konflik bakal berlaku jika menyambar khidmat Zidane yang kini menjadi jurulatih Real.

“Zidane dan Cantona bermain sama posisi dan Ferguson berpendapat, jika mereka membawa Zindane akan melukakan perasaan Cantona,” kata Edwards kepada BBC Radio 5 Live.

Malang buat United, Cantona kemudian bersara setahun selepas itu sekali gus membuatkan Edwards berasa janggal selepas gagal mendapatkan khidmat Zidane.

Selepas menolak United, Zidane berhijrah ke Juventus pada tahun 1996 dan menikmati prestasi cemerlang di Itali dan Sepanyol dan kini beliau berjaya memenangi La Liga, Piala Raja Sepanyol dan dua kemenangan berturut-turut Liga Juara-Juara sebagai jurulatih Real.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gTsLQZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.