Hi! Welcome Back and Stay Tune! 3 Nasihat Bisnes Daripada Pengasas Syarikat Telefon Xiaomi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

3 Nasihat Bisnes Daripada Pengasas Syarikat Telefon Xiaomi

#1-Ambil Berat Dengan Masa Dan Waktu-Waktu Yang Penting.

Image result for xiaomi company

Pengasas Xioami sangat menitikberatkan penggunaan waktu dengan sebaiknya. Kita sudah banyak dengar yang hampir kesemua tokoh usahawan yang berjaya sangat menghargai masa dan betul-betul mengunakan masa seperti emas.

Lei sendiri mengakui hal yang sama dan salah satu contoh yang diberinya adalah, dia sendiri mengambil masa yang sesuai dan strategik untuk mula memperkenalkan produk telefonnya dalam pasaran.

Dia telah melancarkan dahulu Mi1 pada Ogos 2011 sebelum syarikat Apple melancarkan Iphone 4S terbaru mereka pada Oktober tahun yang sama.

Ini adalah sangat penting kepada semua usahawan di luar sana. Pengajarannya, jangan terburu-buru untuk melakukan sesuatu walaupun perkara tersebut baik untuk bisnes.

Jika Lei terus sahaja mengeluarkan telefonnya tanpa membuat kajian tentang perkara lain seperti produk pesaing, ia akan memakan diri.

Lei mempunyai banyak kelebihan pada ketika itu kerana telefonnya mendapat perhatian ramai dan orang meneliti kelebihan produk yang ditawarkan.

Sekiranya Xiaomi dilancarkan selepas telefon Apple, pasti perhatian netizen akan teralih kepada telefon baharu Apple yang sudah terkenal berbanding telefon Xiaomi sebagai jenama baharu.

#2-Kekalkan Daya Inovasi Produk Untuk Pelanggan.

  Related image

Apabila anda sudah berjaya, langkah yang seterusnya yang paling susah adalah untuk mengekalkannya.

Akan ada ramai pesaing baharu dan pesaing lama juga pasti akan muncul kembali dengan produk terbaharu untuk mengalahkan anda.

Orang ramai akan membuat perbandingan dan cabaran anda semakin besar. Xiaomi juga mengalami ini dengan syarikat gergasi telefon yang lain seperti Apple dan Samsung.

Kadang-kadang sukar untuk memenuhi tanggapan dan permintaan pengguna. Kadang-kadang mereka menyukai produk Xiaomi jadi mahukan yang lebih lagi pada masa akan datang dan mengharapkan ia dapat menandingi jenama telefon lain.

Mereka bermula dengan kosong dan walaupun pada jenama mereka sudah terkenal di peringkat global namun hakikatnya mereka adalah startup yang berusia 5 tahun.

Tanggapan dan jangkaan penggemar Xiaomi kadang-kadang boleh menjadi satu beban kepada pihak syarikat.

Justeru, pengasasnya mengatakan yang Xiaomi harus sentiasa berfikir kehadapan, pantas dalam inovasi dan komited dalam usaha untuk memuaskan pelanggan.

#3-Kita Tidak Perlu Sentiasa Mengikut ‘Trend’.

 Image result for xiaomi company

Ramai orang suka mengikuti arus semasa dan berada dalam kelompok yang sama seiring dengan trend.

Ada juga kepercayaan untuk para usahawan supaya sentiasa melakukan perkara yang sama seperti usahawan lain.

Sebagai contoh dalam situasi bisnes Xiaomi, ramai pengeluar telefon lain mengeluarkan produk telefon kalis air dan menggunakan ciri-ciri itu sebagai kelebihan untuk mempromosikan telefon mereka.

Ia ternyata mendapat sambutan. Namun, Lei berkeras untuk tidak mengikut apa yang dilakukan oleh syarikat telefon lain kerana itu melanggar falsafah bisnesnya sendiri.

Produk Xiaomi direka untuk pengguna pada harga mampu milik. Jika mereka turut menambah ciri kalis air pada telefon tersebut, ini akan menambak kos pembuatan dan juga harga jualan sehinggan 30%.

Ini sama sekali akan menyebabkan harga Xiaomi menjadi mahal dan mungkin tidak mampu lagi untuk dimiliki oleh semua golongan.

Lei mengatakan, jika ada permintaan yang tinggi daripada pelanggan dan mereka tidak kisah dengan harganya, ia boleh direalisasikan.

Namun setakat ini, mereka hanya mengfokuskan kepada ciri-ciri lain yang tidak membuatkan telefon mereka bertambah mahal.

Ciri kalis air tidak semestinya memberi jaminan yang satu telfon itu akan tahan lama, bahkan keretakan yang kecil pada telefon juga boleh menyebabkan fungsi kalis air tersebut rosak menurutnya.



Sumber 3 Nasihat Bisnes Daripada Pengasas Syarikat Telefon Xiaomi

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gTnKrS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.