Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jenama Uniqlo Belajar Daripada Syarikat Terkenal Lain Untuk Berjaya Di Peringkat Global - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jenama Uniqlo Belajar Daripada Syarikat Terkenal Lain Untuk Berjaya Di Peringkat Global

Ramai muda-mudi sekarang ini gemar membeli pakaian mereka dari Uniqlo.

Rekaan pakaiannya mengikuti trend semasa dan harganya mampu milik dan semakin murah jika dibeli dengan banyak.

Syarikat Uniqlo Co., Ltd. adalah sebuah syarikat Jepun yang beroperasi sebagai pereka, pengilang dan pemborong. Syarikat ini dimiliki oleh Fast Retailing Co.Ltd.

Sewaktu melebarkan sayap dengan cawangan baru di US, syarikat ini mungkin hanyalah perusahaan yang kecil di sana namun sebenarnya, Uniqlo telah menjadi satu jenama besar di rantau Asia.

Kedai pakaian yang berkonsepkan pakaian berkos murah ini telah berjaya membina jenama yang terkenal kerana kualiti produk pakaian yang ditawarkan berkualiti tinggi dan berpatutan seiring dengan gaya terkini dalam arus fesyen.

Dengan konsep sebegini, syarikat ini telah bertahan dengan lama dan semakin berkembang.

#1-Sejarah Uniqlo Bermula Pada Era 40-An.

Image result for uniqlo

Diasaskan pada lewat 40-an di Jepun, Uniqlo pada asalnya adalah satu unit kecil di bawah syarikat pengedar pakaian lelaki di Jepun sehinggalah pada tahun 1980.

Ketika era 80-an, Jepun mengalami pembangunan ekonomi yang begitu pesat dan maju. Impak daripada ini, syarikat ini turut terkesan dan berkembang.

Mereka telah menukar nama syarikat kepada Uniqlo sebagai salah satu cara penjenamaan yang lebih bagus. Uniqlo adalah kombinasi perkataan ‘unique’ dan ‘clothing’.

Tadashi Yanai merupakan Pengerusi terbaru dan juga CEO syarikat tersebut.

#2-Proses Perkembangan & Strategi Uniqlo.

Related image

Kini, Uniqlo adalah jenama pengedar fesyen terbesar dalam industri pakaian di Jepun.  Uniqlo merupakan satu kejayaan besar di Jepun.

Antara faktornya adalah pakaian keluaran mereka adalah bercirikan gaya moden dan setiap koleksi mereka berkualiti tinggi dan memenuhi keperluan asas pakaian semua golongan.

Kejayaan di Jepun membuatkan mereka yakin untuk melebarkan sayap pada peringkat global dan US adalah sasaran mereka yang seterusnya.

Tidak seperti kedai pakaian yang lain yang mengenakan caj bagi proses pengubahsuaian dan kerja-kerja jahitan tambahan, Uniqlo tidak mengenakan caj bagi pengubahsuaian seperti memendekkan seluar, baju dan lain-lain walaupun mengambil masa berjam-jam.

Strategi ini sebenarnya antara salah satu faktor yang menarik perhatian ramai pelanggan dimana mereka boleh memakai pakaian dengan selesa setelah diubahsuai mengikut citarasa pelanggan secara percuma.

Kelebihan kemudahan seperti ini turut diakui oleh pelanggan mereka dari negara Jepun, Korea dan Thailand.

Walaupun Uniqlo adalah sebuah syarikat Jepun, namun 70% daripada pakaiannya dibuat di China. Ini adalah salah satu strategi syarikat untuk mengurangkan kos dan juga menembus pasaran China.

Syarikat ini mampu bertahan kerana keupayaannya dalam berinovasi dalam fesyen mengikut keperluan pasaran.

Mengambil kira kos untuk pekerja adalah tinggi dan ruang kawasan untuk berniaga adalah terhad, Uniqlo membuka kedai layan dirinya yang pertama di daerah Harajuku di Tokyo pada tahun 2007.

Pelanggan boleh membeli pakaian mereka sendiri dan akan dipos dalam bekas yang mengandungi pakaian yang digulung.

Uniqlo mempunyai matlamat untuk mengekalkan kadar jualan 5 trillion yen dalam jualan menjelang tahun 2020.

Dengan ini, Uniqlo akan menjadi antara syarikat yang berjaya dalam abad ke-21. Syarikat ini turut mempunyai perancangan untuk menjadi syarikat fesyen nombor satu di US.

#3-Cabaran Yang Dialami Uniqlo Sebelum Berjaya.

Image result for uniqlo

Mungkin membaca kisah Uniqlo membuatkan kita rasa perjalanannya mudah akan tetapi pengasasnya sendiri mengakui yang dia banyak berdepan dengan pelbagai rintangan untuk sampai ke tahap sekarang.

Apabila mereka mula membuka cawangan di luar negara, mereka membuka terlalu banyak cawangan.

Lama-kelamaan, mereka mengalami masalah kerana mereka tidak dapat menampung kos operasi yang tinggi dan dalam masa yang singkat dan akhirnya terpaksa menutup kebanyakkan kedai mereka.

Syarikat tersebut membuka 21 kedai di UK pada tahun 2002 dan akhirnya hanya lapan sahaja yang masih dibuka pada tahun 2006

Menurut syarikat, mereka tidak melakukan kerja yang bagus dalam strategi penjenamaan untuk produk mereka terlebih dahulu sebelum membuka cawangan.

Mereka belajar daripada kesilapan mereka dan merangka strategi penjenamaan yang lebih sistematik sebelum membuka kedai baharu.

#4-Uniqlo Kini & Masa Hadapan.

Related image

Uniqlo telah menjadi syarikat pakaian terbesar di Asia. Namun, matlamat mereka tidak terhenti disitu dan ingin menjadi jenama pakaian nombor satu dunia.

Pada lewat tahun 2012, syarikat Uniqlo telah menjadi syarikat ke-4 terbesar dunia selepas  Gap, H&M dan Zara.

Di US, mereka mempunyai 7 kedai dan mereka merancang untuk membuka 1000 lagi cawangan di negara itu pada masa hadapan.

Uniqlo telah menjadi syarikat pakaian terbesar di China. Menurut perancangan, mereka juga mahu membuka 100 lagi cawangan di China.

Pengasas Uniqlo, Yanai, merupakan salah seorang tokoh usahawan yang terkaya di Jepun dan menduduki tangga ke-66 dalam senarai orang terkaya di dunia. Nilai harta kekayaannya adalah 15.5 billion dolar.

Pengasasnya berkata, dia membuat kajian mengenai syarikat Gap dan menggunakan rangka model syarikat Amerika itu sebagai asas bisnes Uniqlo.

Yanai turut menggelarkan mantan CEO Mickey Mickey Dressler sebagai  “professor” semasa bertemu dengannya buat kali pertama kerana membantunya untuk rasa penuh yakin yang dia akan berjaya sebelum memulakan bisnesnya sendiri.

Walaupun fesyen mereka seiring dengan trend, mereka tidak terlalu fokus untuk mengejarnya dan menjadi ‘trendsetter’ sebaliknya fokus kepada pakaian asas seperti t-shirt dan seluar kasual.

Uniqlo mempunyai pekerja di seluruh negara yang berjumlah lebih daripada 30,000 orang.

Mereka juga turut merancang untuk mengembangkan syarikat dalam pasaran antarabangsa di negara-negara rantau Eropah.

Mungkin jika perancangan ini berjaya dan mereka semakin berkembang diseluruh dunia, jenama ini mampu menandingi Zara suatu hari nanti.



Sumber Jenama Uniqlo Belajar Daripada Syarikat Terkenal Lain Untuk Berjaya Di Peringkat Global

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vNrayT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.