Hi! Welcome Back and Stay Tune! Syaitan Badut Yang Sebenar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Syaitan Badut Yang Sebenar

Dari kecil aku tak suka badut. Taklah sampai tahap clourophobia. Sebab aku rasa badut ini menjengkelkan, try hard dan tak kelakar mana pun.

Kena pula tahun 1990 kemunculan watak hantu badut ‘Pennywise the Dancing Clown’ dalam ‘IT’, walau mengerikan itu cumalah watak rekaan fiksyen. Adakah Azratai akan bercerita pasal Pennywise? Nope, hari ini dia akan bercerita tentang syaitan badut yang sebenar iaitu ‘Pogo the Clown’.

John Wayne Gacy dilahirkan pada tahun 1942 di Chicago Illinois, dengan keadaan fizikalnya yang gemuk dan lembik sewaktu kecil dia sering mendapat tekanan daripada ayahnya. Bapanya mengelarkannya ‘sissy’ dan ‘anak mak’ serta tidak percaya yang dia boleh berjaya dalam hidup. Dia juga tidak dibenarkan bersukan atas masalah jantung.

Namun kehidupan dia tidaklah gagal. Dia membuktikan pada bapanya yang dia boleh berjaya. Pada tahun 1966 dia berjaya menguruskan 3 cawangan KFC milik bapa mertuanya. Diberi kepercayaan mengutip majlis kutipan derma bagi Jaycess (Suatu pertubuhan melatih bakat kepimpinan remaja) dan menguruskan majlis perarakkan. Tujuannya bukan untuk apa, sebenarnya disitulah lubuk dia bagi mencari mangsa. Acap kali keluar berita yang mengatakan yang dia terlibat dengan kegiatan homoseksual.

Walaupun keluar berita yang tidak menyenangnya Gacy kekal cemerlang sehingga layak menerima anugerah “outstanding vice-president” of the Waterloo Jaycees pada tahun 1967. Dia berada di kemuncak kariernya sehingga tahun 1968 merupakan tahun kejatuhannya, bila dia cuba melakukan serangan seksual kepada pekerja bawahannya Mark Miller. Dia kemudiannya di penjara dan bercerai dengan isterinya.

Walaupun sepatutnya dia hukum lebih lama Gacy mendapat parol selepas berkelakuan baik dan hanya dipenjarakan selama 18 bulan. Dia keluar dari penjara, bekerja sementara sebagai tukang masak. 1972 dia mula membuat comeback kembali dan telah berkahwin lain. Kali ini dia membuat syarikat pembinaan PDM dan mengambil pekerja-pekerja muda, dia kembali aktif dalam pertubuhan jaycess dan serta komuniti tempatan. Dia turut aktif berpolitik dalam parti Demokrat sehingga dapat bertemu dengan 1st lady ketika itu Rosalyn Carter. Pada tahun ini lah juga dia mula menjadi badut dalam majlis kebajikan mengutip derma dan majlis perarakan. Gacy merekabentuk kostumnya sendiri dan menyolek dirinya sendiri sebagai badut. Antara trademarknya ialah dengan membesarkan corak senyuman pada mulut agar tidak menakutkan kanak-kanak. Baginya dengan menjadi badut mengembalikan nostalgianya sewaktu kecil. Dia menamakan wataknya itu sebagai Pogo The Clown.

1972 pembunuhan pertama: mangsa Timothy Mc Coy 15,

Gacy kebetulan menjumpai beliau sedang menunggu bas di terminal bas Chicago Greyhound. Mc Coy tika itu dalam pengembaraan dari Michigan ke Chicago. Dia mengajak Mc Coy tidur dirumahnya dan berjanji yang dia akan menghantar balik Mc Coy ke terminal bas semula besoknya. Pada awal paginya Gacy mendapati Mc Coy berdiri dengan pisau di tangan di pintu bilik tidurnya. Gacy terkejut dan cuba merampas pisau dari Mc Coy. Mc Coy tidak melawan dan cuba mengangkat tangan menyerah dir. Entah macam mana pisau itu terkena lengan Gacy. Pergelutan berlaku dan Gacy merampas pisau dan menikam Mc Coy bertubi tubi di dadanya. Dia kemudiannya ke dapur dan mendapati ada bekas telur dibuka dan bacon yang tidak dipotong. Barulah dia menyedari sebenarnya Mc Coy telah menyiapkan sarapan untuk mereka berdua. Mc Coy mengejutkan Gacy tapi dengan membawa pisau di tangan menyebabkan salah sangka. Mc Coy kemudiannya di tanam di bawah rumah. Namun begitu Gacy tidak menyesal dan menyifatkan pembunuhan itu membuatkannya teruja.

1975, isterinya meminta cerai apabila Gacy membuat pengakuan bahasa dia sebenarnya biseksual. 1976-1977 Gacy kemudiannya semakin bermaharajalela, tahun ini sahaja 18 remaja menjadi mangsa,

Modus Operandi: caranya dia akan memujuk bagi mendapatkan kepercayaan mangsa, kemudian dia akan membuat trik menggunakan gari. Apabila mangsa rela hati menawarkan diri mereka kemudian terjerat dan apabila mangsa tidak boleh melepaskan diri, mangsa kemudiannya dirogol, diseksa secara teknik tourniquet dan dijerut leher sehingga mati. Mulut mangsa juga akan disumbat kain, agar tidak menjerit. Mayat kemudiannya akan di tanam di basement rumahnya yang digelar sebagai ‘crawl space’. Ada 29 mayat di basement, oleh kerana sudah tidak muat, mayat yang lain di tanam di perkarangan halaman luar dan ada yang di campak ke sungai.

1978 Pembunuhan terakhir : Gacy akhirnya terkantoi pada pembunuhan yang melibatkan mangsa yang terakhir Robert Piest, dia merupakan suspek terakhir yang bercakap dengannya. Polis membuka kertas siasatan dan mendapati rekod jenayah lampau beliau. Turut menggunakan anjing pengesan, siasatan mendapati mangsa pernah berada dalam kenderaan Gacy. Setelah mendapat waran dari mahkamah rumah Gacy di geledah. Hasilnya 29 mayat di jumpai di bawah basement rumahnya. ‘Pogo the Clown’ telah membunuh sekurang-kurangnya 33 anak muda yang tidak berdosa. 8 mangsa tidak dapat dikenalpasti siapa. Kesemuanya adalah budak lelaki dari usia 15-21 tahun. Siapa sangka di sebalik muka tak bersalah, rajin membuat kebajikan di belakangnya adalah syaitan bertopengkan badut.

1994 dijatuhkan hukuman berupa suntikan maut. Kata-kata terakhir beliau sebelum mati ialah “Kiss my ass”. Selepas kematiannya otaknya diambil oleh Dr. Helen Morrison sebagai bahan kajian pesakit sociopaths.

Muhamad Khair



Sumber Syaitan Badut Yang Sebenar

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vNLhga

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.