Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mat Sabu antara ‘senjata utama’ ditimbang Amanah Selangor lawan BN, PAS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mat Sabu antara ‘senjata utama’ ditimbang Amanah Selangor lawan BN, PAS

 | September 10, 2017
Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim berkata pihaknya komited untuk menawarkan yang terbaik melalui Pakatan Harapan (PH) bagi rakyat Selangor demi memastikan kesinambungan kerajaan negeri Selangor dan juga di peringkat pusat.
Izham-Hashim-amanahKUALA LUMPUR: Amanah berkata pihaknya sedang mempertimbangkan untuk meletakkan beberapa pemimpin kanan parti itu bertanding kerusi parlimen dan negeri di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Nama-nama yang dicadangkan termasuk Presiden parti itu, Mohamad Sabu, naib presiden Hasanuddin Mohd Yunus, pengarah komunikasi Khalid Samad, pengarah strategi Dzulkefly Ahmad, Ketua Wanita Siti Mariah Mahmud dan Ahli Parlimen Sepang Mohd Hanipa Maidin.

Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim berkata kehadiran “senjata-senjata besar” di Selangor bertujuan untuk mengukuhkan Amanah dan Pakatan Harapan (PH).

“Mereka akan bergabung dengan pemimpin Amanah Selangor Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin, bersama-sama dengan nama-nama besar lain yang akan kami umumkan kemudian,” kata beliau dalam ucapan pembukaan pada Konvensyen Amanah Selangor di sini hari ini.

“Dengan kata lain, Amanah Selangor komited untuk menawarkan yang terbaik melalui PH bagi rakyat Selangor untuk memastikan kesinambungan kerajaan PH Selangor dan juga kerajaan persekutuan PH masa depan,” katanya.
Turut hadir ialah Mohamad dan pemimpin parti komponen PH yang lain termasuk Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, naib pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin dan Pengerusi PPBM Selangor, Abdul Rashid Asari. FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xUp4Oc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.