Hi! Welcome Back and Stay Tune! Komponen dicuri, tiang kamera AES ditumbang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Komponen dicuri, tiang kamera AES ditumbang

Tiang kamera AES di kilometer 151.4 Lebuh raya Utara Selatan disedari pekerja penyelenggara mengesan pada jam 9.35 pagi, 10 Sep 2017. ― Foto ihsan Facebook/Malaysian Response TeamTiang kamera AES di kilometer 151.4 Lebuh raya Utara Selatan disedari pekerja penyelenggara mengesan pada jam 9.35 pagi, 10 Sep 2017. ― Foto ihsan Facebook/Malaysian Response TeamTANGKAK, 10 Sept ― Sebuah kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Kilometer (KM) 151.4 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini, tumbang disyaki angkara perbuatan khianat. 

Ketua polis daerah Tangkak Supt Mohad Idris Samsuri berkata kejadian itu disedari pada pukul 9.35 pagi tadi oleh pekerja syarikat penyelenggara peralatan terbabit di tempat kejadian. 

“Sebuah kereta peronda lebuh raya yang membuat rondaan dari Ayer Keroh ke Johor Bahru bergegas ke tempat kejadian setelah menerima maklumat berhubung kejadian tersebut. 

“Siasatan awal mendapati tiang kamera AES terbabit telah tumbang dan beberapa komponen di dalam alat terbabit dipercayai dicuri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Beliau berkata sehingga kini, polis masih mengesan pihak tidak bertanggungjawab yang melakukan perbuatan khianat tersebut dan pihaknya percaya kegiatan itu mungkin dilakukan pada waktu malam.  

Mohad Idris berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu pihak polis.

Pada Jun lalu, kamera AES yang dipasang di kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak itu antara perangkap had laju terkini yang dipasang pihak berkuasa. 

Sebuah lagi kamera AES yang berada berdekatan lokasi tersebut adalah di KM 146.8 menghala selatan dan difahamkan kamera berkenaan tidak terlibat dalam perbuatan khianat itu serta masih beroperasi seperti biasa. ― Bernama



Sumber Komponen dicuri, tiang kamera AES ditumbang

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xo7dmI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.