Hi! Welcome Back and Stay Tune! 10 Fakta Menarik iPhone 8 Mampu Buatkan Pengguna Telefon Pintar Jatuh Cinta Padanya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

10 Fakta Menarik iPhone 8 Mampu Buatkan Pengguna Telefon Pintar Jatuh Cinta Padanya

10 Fakta Menarik iPhone 8 Mampu Buatkan Pengguna Telefon Pintar Jatuh Cinta Padanya

Apple bekerjasama dengan Samsung yang berperanan sebagai pembekal panel OLED utama model iPhone 8. (Gambar: OnLeaks dan evleaks)

Setiap tahun, sekitar September pastinya akan menjadi tarikh penting bagi Apple Inc bagi melancarkan model terbaru produk mereka. Bagaimanapun, pada tahun ini sedikit istimewa kerana Apple turut meraikan ulang tahun iPhone ke-10.

Sehubungan itu, model yang akan dilancarkan kali ini dikatakan lebih hebat sekali gus bakal mengalami transformasi ketara berbanding model sebelumnya.

Apple iPhone 8 dijangka akan dilancarkan pada 12 September ini tetapi beberapa info berhubung peranti hebat ini sudah pun terdedah. Rojak Daily Skop! menyenaraikan 10 fakta menarik yang anda perlu tahu mengenai iPhone 8 kali ini.


1. TIGA MODEL DIPERKENALKAN 

Berdasarkan sumber terbaru dikeluarkan oleh sebuah syarikat pengeluar 'casing’,  produk iPhone kali ini terdiri daripada Apple iPhone 8 (sekuel Apple iPhone 7), iPhone 8 Plus (sekuel Apple iPhone 7 Plus) dan iPhone Edition. Maklumat terbaru ini sekali gus menepis dakwaan mengatakan nama iPhone terbaru adalah 7s dan 7s Plus. Iphone Edition dikeluarkan bersempena ulang tahun iPhone ke-10 dan dijangka lebih mahal berbanding iPhone 8 dan 8 Plus.
 

2. MODEL PERTAMA GUNA SKRIN OLED

Apple bekerjasama dengan Samsung yang berperanan sebagai pembekal panel OLED utama mereka.

Model iPhone Edition akan menjadi iPhone pertama yang membawa panel Organic Light Emitting Diodes (OLED). Malah, skrin kali ini akan menampilkan paparan bersaiz penuh dengan bingkai nipis seperti Samsung Galaxy S8, LG G6. Apple terpaksa akur dengan kelebihan panel jenis OLED yang ternyata lebih efisyen terutamanya dalam menghasilkan warna lebih ‘hidup’ dan menjimatkan penggunaan bateri.
 

3. SAMSUNG JADI PEMBEKAL SKRIN OLED iPHONE

Bagi menghasilkan iPhone dalam kuantiti mencukupi, jumlah panel OLED dalam skala besar amat diperlukan. Pengeluar panel OLED terbesar tidak lain dan tidak bukan adalah pesaing utama Apple sendiri iaitu Samsung. Bagi penghasilan kali ini Apple bekerjasama dengan Samsung yang berperanan sebagai pembekal panel OLED utama mereka.Sumber menyatakan pengeluaran iPhone boleh terjejas sekiranya bekalan panel OLED ini tidak mencukupi kerana ia dikawal sepenuhnya oleh Samsung.

4. TIADA PENGIMBAS CAP JARI ATAU 'TOUCH ID'

Apple sebelum ini cuba meletakkan pengimbas cap jari di bawah paparan skrin OLED,  namun perkara itu mengalami sedikit kesukaran. Atas faktor itu, Apple dikatakan tidak menyediakan pengimbas cap jari sekali gus mengetepikan fungsi 'Touch ID' seperti model sebelumnya. Pengguna sebaliknya diberi pilihan untuk membuka kunci peranti menggunakan keadah tradisional seperti kata laluan. Perkara ini disahkan oleh sumber dari Wall Street Journal.
 

5. 'SIRI' PADA BUTANG KUASA

Butang ‘Home’ pada sisi depan iPhone yang ikonik bakal dihapuskan bagi membolehkan penggunaan skrin bersaiz lebih besar. Sumber menyatakan keadah mengakses pembantu maya Siri akan diganti pada butang kuasa.

Melalui kod iOS yang terdedah baru-baru ini, seorang daripada pembangun mendapati butang kuasa akan dijadikan sebagai alternatif untuk mengakses Siri. Pengunaan butang kuasa ini sebenarnya agak mudah dan ia mirip kepada kaedah sedang digunakan Samsung ketika ini menerusi pembantu maya, Bixby.
 

6. PENGECAMAN WAJAH 3D

Kekurangan fungsi 'Touch ID' dikatakan bakal diganti dengan sistem ‘unclock’ terbaru dari Apple iaitu pengimbas wajah 3D. Fungsi pengesahan wajah sebenarnya sudah diperkenalkan beberapa tahun lalu dan mula mendapat perhatian menerusi peranti Galaxy Nexus yang dijana Android 4.0.

Namun, kelemahan fungsi ini ia mudah dipintas dengan hanya menggunakan gambar individu yang dicetak. Sejauh mana keberkesanan kemudahan daripada Apple ini, kita sama-sama tunggu pengumumannya beberapa hari saja lagi.

7. KAMERA LEBIH PINTAR 

iPhone 8 dijangka tidak menampilkan ciri keselamatan Tiada pengimbas cap jari dan Touch ID.

Bagi keupayaan kamera pula, iPhone terbaru ini dipercayai menggunakan sensor 12Megapixel (MP) bahagian utama dan 7MP di hadapan. Menariknya, ia bakal dilengkapi fungsi pintar yang dapat menyesuaikan tetapan berdasarkan keadaan sekeliling. Tetapan kamera akan berubah secara automatik mengikut suasana bersesuaian seperti  mod potret, haiwan, gerakan pantas, kekurangan cahaya, matahari terbenam/terbit, serta objek seperti dokumen.
 

8. CAJ TANPA WAYAR

Beberapa fungsi tambahan juga bakal disertakan pada iPhone 8 dan antara yang paling mendapat perhatian adalah ciri pengecasan pantas dan tanpa wayar.  Fungsi yang sudah lama diterapkan dalam model Android ini sememangnya dinantikan oleh pengguna iPhone kerana pengecesan pantas amat diperlukan terutama bagi 'heavy user’. Bagi pengecasan tanpa wayar pula ia boleh digunakan menerusi mana-mana Qi Wireless termasuk yang terdapat di Starbucks terpilih di luar negara.
 

9. KEMUNCULAN iOS11

Seiring dengan pelancaran iPhone terbaru, pihak Apple juga sedang bersiap sedia dengan pengumuman iOS 11 mereka. Pengenalan iOS 11 amat penting kali ini memandangkan iPhone 8 tidak menyediakan fizikal ‘Home Button’. Oleh itu, antaramuka iOS juga dijangka berubah seiring dengan penggunaan perkakas peranti. Selain itu iPhone kali ini akan dikuasakan oleh chipset A11 yang bakal menaik taraf kelajuan dan keupayaan grafik.
 

10. HARGA JUALAN PALING 'MENARIK'

Barang baru pastinya menawarkan harga jualan paling 'menarik'. Justeru, edisi iPhone baru ini dijangka berharga dari AS$1,000 (RM4,185.50) sehingga AS$1,400 (RM5,859.70). Pengumuman model iPhone 2017 kali ini akan berlangsung di Steve Jobs Theatre, Cupertino, California.



Sumber 10 Fakta Menarik iPhone 8 Mampu Buatkan Pengguna Telefon Pintar Jatuh Cinta Padanya

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vNRgBK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.