Robert Kuok: Kisah Kejayaan Lelaki Yang Paling Kaya Di Malaysia
#1-Mengenali Tokoh Usahawan Lagenda Asia.
Pernah digambarkan sebagai usahawan yang terpandai di dunia pada suatu ketika dahulu oleh majalah Forbes, lelaki yang disebutkan ini sebenarnya adalah Robert Kuok yang berasal dari Malaysia.
Beliau dilahirkan pada 10 Jun 1923 di Johor. Beliau mendapat pendidikan ijazah sarjana muda di Raffles College. Ayahnya merupakan imigran dari tanah besar China dan terlibat dalam komoditi pertanian.
Semasa menuntut di Raffles College, Singapura, tentera Jepun telah mengebom kepulauan tersebut dan mengisytiharkan perang.
Dia pulang ke Johor dan bekerja di pejabat tempatan yang dimiliki oleh syarikat Jepun, Mitsubishi Corp. dan mengetuai Jabatan Pertanian.
Kuok bukanlah seorang yang berlatarbelakangkan keluarga yang berada. Dia memulakan kariernya sebagai kerani di jabatan perdagangan beras di Singapura.
Robert adalah seorang yang cepat belajar. Pengalaman selama 3 tahun dalam jabatan tersebut membantunya untuk mempelajari selok-belok bisnes. Dia kemudiannya berpindah ke kampungnya di Johor bersama adik-beradik dan sepupunya.
#2-Bisnes Pertama Robert Kuok.
Tidak lama selepas itu dia memulakan bisnes dengan membuka Kilang Gula Malaya.co yang menjadi fenomena dan tumpuan orang ramai pada ketika itu.
Melalui perusahaan ini, dia memonopoli pengeluaran gula dalam industri. Syarikatnya menguasai 80% pengeluaran gula di Malaysia dan 10% pengeluaran gula dunia. Daripada sinilah Robert mendapat nama jolokan ‘Raja Gula Asia’.
Untuk memonopoli industri dalam tempoh yang lama bukanlah satu perkara yang senang. Namun, usahawan lagenda ini tidak terhenti di situ dan dia terus turut menceburi bidang lain dalam bisnes.
Dia memulakan rangkaian hotelnya sendiri, hotel ‘Shangri-la’ yang kini sudah terkenal di seluruh dunia dan mempunyai lebih daripada 70 cawangan.
#3-Mula Dikenali Di Seluruh Dunia.
Robert kemudian memindahkan ibu pejabatnya di Malaysia dan Singapura ke Hong Kong pada tahun 1974 dan menubuhkan Kerry Holdings. Dia dan ahli keluarganya memiliki banyak aset di Hong Kong dan China.
Selain itu, antara pencapaiannya dalam bidang bisnes adalah kerjasama dan perkongsian dengan syarikat Coca-Cola pada tahun 1993. Syarikat Coca-Cola turut membeli saham dalam syarikat Kerry milik Robert bermula pada tahun 2006.
Pada tahun 2007, Robert membesarkan ladangnya bagi perusahaan minyak dan gandum dan sehingga menjadi pengeluar minyak sawit terbesar dunia. Syarikat ini dikendalikan oleh anak saudara beliau.
Usahawan ini juga turut membuat banyak pelaburan dalam bisnes-bisnes besar di seluruh negara Asia seperti Indonesia, Australia, Singapura, Filipina, Malaysia dan negara-negara bukan Asia yang lain.
Dengan memiliki banyak bisnes di banyak negara, lelaki ini percaya yang dia menyatukan ramai pihak seperti usahawan, pelabur dan ramai lagi.
Robert adalah tokoh usahawan yang berjaya di rantau Asia, merupakan pelopor industri yang turut menguasai pasaran tempatan dan dunia.
Robert menjalani hidup sebagai seorang lagenda yang dikagumi oleh orang ramai baik dari rantau Asia mahupun benua Eropah dan lain-lain.
Dikatakan yang mungkin tiada usahawan lain yang pernah mengusahakan banyak bisnes seperti Robert dan kebanyakkan perusahaannya adalah besar.
Pada usia 93 tahun, dia telah menceburi hampir banyak bidang dalam bisnes seperti industri gula, minyak, tepung, perhotelan, percetakan, makanan haiwan dan sebagainya.
Boleh dikatakan yang dia mempunyai sentuhan tangan Midas dimana setiap projek atau perusahaan yang dijalankan menjadi dan dia membuat banyak keuntungan.
#4-Faktor Kejayaan ‘Raja Gula Asia’.
Ramai pakar dalam bidang perniagaan dan juga ekonomi berpendapat yang kepandaian dan ketangkasannya adalah faktor kenapa Robert hampir berjaya dalam segenap lapangan bisnes yang diceburi.
Mereka juga mengatakan yang Robert Kuok tidak pernah takut untuk berurusan dengan mana-mana usahawan dan syarikat di seluruh dunia tidak seperti tipikal usahawan Cina yang lain sekitar abad ke-20.
Faktor ini juga menyebabkan beliau menjadi usahawan yang sangat berjaya di rantau Asia.
Menurut Forbes, Robert diisytiharkan sebagai lelaki terkaya di Malaysia dan kedua terkaya di Asia Tenggara. Dalam ‘ranking’ dunia, dia menduduki tangga ke 115 dengan nilai kekayaan sebanyak 12.9 billion dolar.
Walaupun sudah bersara, Robert akan sentiasa diingati sebagai seorang tokoh usahawan lagenda Asia yang berjaya mempelopori pelbagai jenis bisnes merentasi sempadan global.
Taikun bisnes ini telah memberi inspirasi kepada orang ramai dan kisah kejayaannya akan kekal dalam ingatan para usahawan seluruh dunia yang ingin berjaya sepertinya.
Sumber Robert Kuok: Kisah Kejayaan Lelaki Yang Paling Kaya Di Malaysia
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gTRVz3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment