Ayah Berkeras Mahu 600 Bulan² Walau Pencennya Lumayan, Saat Meninggal TERKEJUT Ramai Org Tak Kenal Hadir, Rupa²nya Duit…
Ayah Berkeras Mahu 600 Bulan² Walau Pencennya Lumayan, Saat Meninggal TERKEJUT Ramai Org Tak Kenal Hadir, Rupa²nya Duit… | KITA VIRAL – Suamiku, Riki, lahir di kawasan luar bandar China. Ibunya meninggal ketika ia masih muda sehingga ayahnya membesarkannya seorang diri.Pada masa itu, gaji seorang guru sangat rendah sehingga keluarganya sangat miskin. Ia harus meminjam wang kepada kerabat untuk membayar wang kuliahnya.
Setelah lulus, Riki tetap tinggal di bandar untuk bekerja. Mujurlah suamiku mendapat pekerjaan yang bagus sehingga gajinya termasuk tinggi. Pada masa itu, ayahnya juga sudah bersara. Ia ingin membawa ayahnya untuk tinggal bersamanya di bandar dengan kami. Namun ayahnya menolak kerana merasa tidak biasa.
AYAH MEMPUNYAI SATU PERMINTAAN
Ayahnya mempunyai sebuah permintaan. Ia ingin Riki memberinya wang 600 ringgit per bulan . Pada masa itu, saya pun berfikir, wang persaraan guru kira-kira 2000 ringgit takkan tidak cukup? Kos membeli-belah di luar bandar bukannya besar?
Saya mencadangkan kepada suami untuk memberinya wang makan saja, takut ia menghamburkan wang. Tetapi, ayah mertua tetap berkeras ingin 600 per bulan. Mau bagaimana lagi, suamiku pun memberinya wang bulanan mengikut permintaannya. Anehnya, setiap kali kami mengunjunginya, kami tidak pernah melihat ia membeli barang apa-apa. Jika ditanya, ayahnya akan tertawa dan menjawab, “alaaa korang, ada lah ayah buat..mana tau ayah nak isteri baru ke..?”
MENINGGAL PENDARAHAN OTAK
Ayahnya memang termasuk orang yang sihat, rakannya juga banyak sehingga kami tidak bimbang. Tapi belum lama ini, ia mengalami pendarahan otak. Kami pun membawanya ke bandar untuk menerima rawatan. Tetapi, semuanya terlambat. Ia meninggal dunia pada usia 76 tahun.
Pada hari pengebumian beliau, banyak saudara-mara yang datang, tapi banyak juga orang yang tidak kami kenal. Kami merasa sangat aneh, tapi kerana sibuk, kami pun tidak banyak tanya.
TEMUI BUKU BANK AYAH
Setelah selesai mengurus, saya melihat buku bank ayahnya. Disana di tulis secara terperinci wang yang dibelanjakan oleh ayah mertua. Kerana ingin tahu selama ini wang dihabiskan di mana, saya pun membuka buku itu.
Laman pertama, saya melihat ia pemindahan wang untuk beberapa kerabat. Tetapi apabila saya membuka laman seterusnya, saya terkejut apabila melihat wang yang dibelanjakan oleh ayah mertua. Ternyata ia menyumbang wang untuk membeli barang-barang kepada pelajar di desa. Bahkan ia memberi biasiswa untuk anak yang nilainya bagus.
Pada masa ini, saya baru sedar bahawa ia adalah seorang yang bijaksana. Akhirnya saya faham mengapa ramai saudara-mara dan rakan-rakan yang begitu baik kepada kami, mengapa ramai orang yang datang ke pengebumian beliau. Setelah saya memberitahu perkara ini kepada Riki, ia pun menangis. Dia mengatakan bahawa sejak kecil, ayahnya selalu mengajar dia untuk belajar memberi dan bersyukur. Ia bilang banyak kerabat yang membantunya, sehingga ia tidak lupa untuk membantu dan memberi kembali.
TERUSKAN SUMBANGAN SEPERTI AYAH
Sekarang, kami memutuskan untuk tetap menyumbang 600 kepada anak-anak di kampung. Semoga ayah dapat berehat tenang. Saya sangat bangga mempunyai ayah mertua seperti ini, dalam masa yang sama, saya juga bangga dengan suami saya.
Orang yang biasa saja, tetapi menjadi luar biasa berkat sifat dermawannya. Bahawa ternyata memberi itu tidak harus kaya, kerana jika menunggu kaya, seumur hidup kita tidak akan pernah menjadi pemberi.Mari kita berusaha untuk sentiasa memberi dengan setulus hati. Dengan demikian, kita juga akan mengalami kebahagiaan dan damai dalam hidup ini.
Jangan lupa untuk SHARE cerita ini kepada kawan!
Kredit : Metafora Anafora
The post Ayah Berkeras Mahu 600 Bulan² Walau Pencennya Lumayan, Saat Meninggal TERKEJUT Ramai Org Tak Kenal Hadir, Rupa²nya Duit… appeared first on KITA VIRAL.
✍ Sumber Pautan : ☕ KITA VIRAL
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jflg7U
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment