Hi! Welcome Back and Stay Tune! Panduan Untuk Menulis Dan Menyampaikan Ucapan Yang Bagus - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Panduan Untuk Menulis Dan Menyampaikan Ucapan Yang Bagus

Antara kemahiran yang bagus yang boleh dipelajari dan dimiliki oleh mana-mana individu adalah kemahiran menulis dan bercakap.

Orang yang berkebolehan untuk menyampaikan pemikiran mereka melalui pernyataan baik penulisan dan percakapan akan menjadi alat bantu yang bagus dalam komunikasi.

Sebagai manusia kita tidak boleh mengelak daripada bercakap dengan orang lain. Kita mungkin dikehendaki bercakap dalam mesyuarat, membuat pembentangan dan bersosial di majlis perkahwinan, ‘reunion’ dan sebagainya.

Kadang-kadang kemahiran komunikasi kita akan memberi kesan kepada hidup kita. Jika kita mahir bercakap dan tahu meyakinkan orang, dalam pembentangan di tempat pengajian atau di tempat kerja, kita akan mendapat markah atau penilaian yang tinggi.

Tidak ramai yang suka untuk bercakap dikhalayak ramai. Walaupun sudah ada pengalaman bertahun-tahun bercakap di depan umum, namun perasaan gemuruh, gementar dan sebagainya, pasti akan muncul setiap kali mahu bercakap.

Bukan senang nak bercakap sebenarnya. Ada yang berani untuk bercakap tetapi tidak tahu bagaimana dan apa yang perlu diperkatakan.

Ada yang mempunyai ilmu yang penuh didada dan mempunyai pemikiran yang bagus tetapi tidak berani untuk meluahkan dan berkongsi dengan orang ramai.

Ada yang mungkin ada kedua-duanya, namun cabarannya adalah bagaimana untuk meyakinkan orang lain untuk membenarkan dan menerima apa yang diperkatakan pula.

Penulisan dan penyampaian adalah medium untuk komunikasi dimana anda perlu berkongsi pemikiran dan idea kepada orang lain.

Jika difikir secara positif, anda diberi peluang untuk menunjukkan kepandaian dan personaliti dalam masa yang singkat.

Berikut adalah tip-tip untuk menulis dan menyampaikan ucapan dengan baik supaya anda tidak teragak-agak dan sentiasa bersedia untuk memberikan ucapan.

#1-Anda Faham Dahulu Sebelum Orang Lain.

Sebagai asas untuk bermula, anda harus tahu yang anda harus faham yang bercakap di hadapan umum bukan sekadar bercakap kosong akan tetapi harus ada ‘point’ yang diterima oleh audien.

Orang mungkin akan mendengar jika tujuan anda bercakap adalah untuk mendidik atau memaklumkan mereka sesuatu yang mereka harus tahu.

Namun, jika butir percakapan anda tidak jelas dan tidak memberi manfaat kepada orang lain, mungkin orang ramai akan rasa yang anda hanya membuang masa mereka sahaja.

Fahami ‘point’ apa yang anda perlu sampaikan dengan baik dan pastikan ia boleh difahami oleh mereka.

Jika mereka sanggup datang untuk mendengarkan ucapan anda, anda harus pastikan yang mereka belum mendengar lagi maklumat yang anda akan sampaikan barulah berbaloi untuk mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk  anda.

Cara terbaik adalah buat kajian terlebih dahulu dengan perkara semasa yang berkaitan dengan topik, ambil tahu apa yang majoriti kebanyakkannya sudah tahu.

Jika itu adalah perkara baharu yang mereka dengar daripada anda, pasti mereka akan ingat dengan baik ucapan anda, memberitahu orang lain dan ‘quote’ nama anda sebagai pemberi maklumat.

Ini adalah bukti yang anda telah mengkaji, menulis dan menyampaikan ucapan dengan baik.

#2-Berlatih Dan Bersedia Baru Berucap.

Tulis ucapan anda dan pastikan yang ia boleh disampaikan dengan baik kepada audien. Sebelum sampaikan kepada audien, pastikan yang anda telah berlatih terlebih dahulu.

Cuba baca teks anda dengan kuat, sebolehnya di hadapan orang lain yang memainkan peranan ibarat seperti penonton. Apabila berlatih dengan ucapan anda terlebih dahulu, anda boleh mendengar sendiri jika ayat anda kedengaran seperti tidak kena.

Selaraskan ayat dengan penggunaan perkataan yang tidak sesuai dan buang perkataan yang tidak perlu. Pastikan anda menggunakan ton suara atau nada yang sesuai  untuk setiap ayat.

Jika kandungan percakapan anda bagus dan menarik namun jika nada yang anda gunakan tidak sesuai, audien tidak boleh fokus dan mungkin boleh tertidur.

Pastikan mereka sentiasa rasa tertarik untuk mendengar pada anda.  Minta pandangan orang yang melihat latihan anda sebentar tadi dan seeloknya anda minta mereka rakam dan buat penilaian sendiri.

Jangan lupa jaga bahasa badan anda agar tidak membuatkan orang salah faham atau bosan.

#3-Fahami Tujuan Anda Bercakap Dan Pamerkannya Semasa Berucap.

Cara anda bercakap akan menjadi identiti anda dimata orang lain. Audien akan membina tanggapan mereka terhadap anda dan membina persepsi berdasarkan apa yang mereka lihat dan dengar daripada anda.

Pastikan anda terlebih dahulu jelas dengan apa yang anda ingin sampaikan dan tujuannya kerana ini akan menjadi sebahagian daripada imej anda pada masa hadapan.

Jika anda ingin bercakap di hadapan umum dalam jangka masa yang panjang, anda kena fikirkan imej yang bagaimana yang anda ingin bina dan daripada situ binalah gaya percakapan anda dengan jenis tulisan yang dirangka.

Apabila audien faham siapa anda dan apa yang anda lakukan, mereka akan mudah untuk faham apa yang anda perkatakan dan merumuskan ucapan anda.

Jika audien suka, mungkin mereka akan merakam video anda dan menyebarkannya. Jika anda serius untuk menjadikan komunikasi sebagai kerjaya, ambil peluang ini untuk membina profil kerjaya atau bisnes anda.



Sumber Panduan Untuk Menulis Dan Menyampaikan Ucapan Yang Bagus

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vNLrEx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.