Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dengar afidavit 5 Oktober ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dengar afidavit 5 Oktober ini

MAHKAMAH Tinggi Syariah Kuala Lumpur, hari ini menetapkan 5 Oktober nanti untuk pendengaran afidavit jawapan daripada isteri pertama bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Abdullah Fadzil Che Wan, 72.

Ia susulan keingkaran Datin Seri Che Ezatul Hamsiah Hussein, 60-an, mematuhi perintah mahkamah yang membenarkan isteri kedua yang juga pemohon, Sharifah Shahrul Bariah Syed Mokhtar, 59, melawat suami mereka.

Disebabkan tindakan itu, Sharifah Shahrul Bariah memfailkan permohonan komital terhadap Datin Seri Che Ezatul Hamsiah dan lima anaknya selepas dibenarkan mahkamah pada 21 Julai lalu.

Sharifah Shahrul Bariah menamakan madu dan lima anaknya sebagai responden untuk memberikan tunjuk sebab mengapa mereka ingkar terhadap perintah mahkamah yang dikeluarkan pada 24 Mei lalu.

Pada prosiding di hadapan Hakim Syarie, Muhammad Abdul Karim hari ini, peguam yang mewakili Datin Seri Che Ezatul Hamsiah, peguam syarie, Zuri Zabuddin Budiman memohon mahkamah memberi masa kepada anak guamnya menjawab notis itu melalui afidavit bertulis.

Mahkamah kemudian membuat penetapan tarikh itu selepas berpuas hati dengan hujah kedua-dua pihak termasuk peguam syarie, Rozanahah Juisin yang mewakili Sharifah Shahrul Bariah.

Terdahulu, Zuri Zabuddin memberitahu mahkamah yang anak guamnya tidak dapat hadir ke mahkamah kerana tidak sihat manakala Sharifah Shahrul Bariah hadir bersama dua anak hasil perkongsian hidup dengan Datuk Seri Dr Abdullah Fadzil iaitu Syadil Che Wan, 26 dan Desya Che Wan, 21.

Mengikut fakta kes, pada 24 Mei lalu, mahkamah memutuskan yang perkahwinan pemohon dan Datuk Seri Dr Abdullah Fadzil yang berlangsung pada 9 Februari 1991 adalah sah menurut hukum syarak.

Justeru mahkamah memerintahkan pemohon diberikan kebebasan dan hak giliran untuk melawat dan menziarahi responden pada masa-masa yang sesuai dan munasabah tanpa ada apa-apa halangan daripada mana-mana pihak.

Bagaimanapun, Rozanahah berkata, anak guamnya yang gagal berhubung dan bertemu dengan suaminya itu sejak hampir dua tahun lalu dinafikan hak walaupun perintah mahkamah sudah dikeluarkan.

"Mereka (responden) tidak hadir ke mahkamah hari ini untuk menjawab kepada mahkamah mengapa mereka tidak mematuhi perintah yang memberikan hak kepada anak guam saya untuk mengambil suaminya (Datuk Seri Dr Abdullah Fadzil) iaitu hak giliran bermalam sebagai isteri.

"Jadi kami failkan notis komital selepas dibenarkan mahkamah pada 21 Julai lalu atas tindakan mereka itu. Sepatutnya mereka datang ke mahkamah dan terangkan mengapa tetapi sebaliknya mereka meminta kebenaran untuk memasukkan penerangan itu dalam afidavit," katanya.

Datuk Seri Dr Abdullah Fadzil disahkan menghidapi penyakit ‘Mixed Dementia of Alzheimer and Multi-infarct’ yang menjadikan beliau tidak berupaya untuk membuat sebarang keputusan terhadap isu-isu peribadi dan professional sejak 2013.

Beliau pernah dilaporkan hilang pada 11 pagi, 27 September 2015 di Bukit Tunku sebelum ditemui oleh anaknya di apartment di ibu negara, 7.45 malam hari yang sama.

Sejak daripada itu, beliau tinggal bersama Datin Seri Che Ezatul Hamsiah dan tidak pernah bertemu dengan pemohon termasuk dua anak bersama pemohon yang kedua-duanya sedang menuntut di institusi pengajian tinggi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2j3n6IH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.