Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dituduh Jahat Warnakan Rambut Dan Buat Pembedahan Plastik, Ini Jawapan WIN Zara Zya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dituduh Jahat Warnakan Rambut Dan Buat Pembedahan Plastik, Ini Jawapan WIN Zara Zya

Dituduh Jahat Warnakan Rambut Dan Buat Pembedahan Plastik, Ini Jawapan WIN Zara Zya

Sebelum ini, pelakon Zara Zya telah menjalani satu pembedahan untuk membuang ketumbuhan pada kelenjar air liurnya di sebuah pusat perubatan di Damansara, Kuala Lumpur.

Tetapi itu sajalah pembedahan yang dilakukannya. Namun, dengan tidak disangka-sangka, satu akaun Instagram telah wujud menuduh Zara melakukan pembedahan di wajahnya, mungkin kerana Zara kini kelihatan semakin cantik lapor beautifulnara.com.

Zara Zya Jawab Isu Buat Pembedahan Plastik Dan Dilabel Jahat Kerana Warnakan Rambut

Zara mendedahkan menyedari kewujudan akaun Instagram itu sewaktu sedang bersarapan pagi:

Di pagi yg mulia, lepas makan nasi lemak, saya dapat tahu wujudnya Instagram (Ig) istimewa @zarazya_gile_pengkid?

Tahniah pada siapa yang buat Ig yang istimewa ini. Saya tak kenal awak dan awak pun tak kenal saya. Tapi fitnah bertubi-tubi. Siapa cakap saya buat hidung, buat muka hahahaha… Marilah datang jumpa depan-depan. Nak tengok original ke tidak ?

Tak apa saya maafkan awak siap-siap. Kesian hati manusia hitam macam ni. Dengki dengan orang lain tanpa sebab.

Tak kisah la siapa pun awak, semoga hati awak happy lepas ni okay.

Jom kita doakan dia supaya hati dia bersih. Kesian dia hidup dengan hasad dengki.

Kapsyen ini dimuat naik oleh Zara ke akaun Instagramnya kelmarin dan mendapat lebih 8.000 likes. 

Ada peminat yang mempertahankan Zara, walaupun pelakon itu kini kelihatan makin cantik, hidungnya sama saja mancung seperti di awal kemunculan manakala bentuk wajah boleh berubah disebabkan penurunan berat badan.

Zara Zya Jawab Isu Buat Pembedahan Plastik Dan Dilabel Jahat Kerana Warnakan Rambut

Dia juga dikatakan seorang ‘wanita jahat’ kerana mewarnakan rambutnya. Zara turut meluahkan perasaanya tentang sikap manusia yang gemar menghakimi orang yang tidak dikenali di Instagram:

Sebab warna rambut, saya dilabel wanita jahat. Hurmmm kesian pada yg ada masalah fikiran. Saya hanya mampu berhuhuhuhu…

Bersihkan hati, maafkan manusia lain sebelum tidur. Dan yang penting, awak tiada hak untuk tentukan hidup saya dan hidup manusia lain. Awak tentukan hidup awak sendiri yang belum tentu lurus jalannya. Good night ?

Hai, pasal warna rambut pun kena hakim? Mungkin sesetengah individu di luar sana sudah tiada kerja berfaedah hendak dilakukan.

Diharap Zara bersabar dengan tohmahan-tohmahan individu yang tidak bertanggungjawab ini.

Zara Zya Jawab Isu Buat Pembedahan Plastik Dan Dilabel Jahat Kerana Warnakan Rambut


Sumber Dituduh Jahat Warnakan Rambut Dan Buat Pembedahan Plastik, Ini Jawapan WIN Zara Zya

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2j1eyC6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.