Hi! Welcome Back and Stay Tune! Emas Naik Menghampiri Paras Pembukaan Harga Minggu Ini, Fokus Beralih Kepada Data PPI Amerika - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Emas Naik Menghampiri Paras Pembukaan Harga Minggu Ini, Fokus Beralih Kepada Data PPI Amerika

Di sesi eropah melihat kenaikan semula harga emas menghampiri pembukaan harga minggu ini, namun keuntungan terhad berikutan para pelabur terus membeli aset berisiko dan menjual logam safe haven.

Pasaran hadapan emas di Comex didangangkan pada $1,334.98 per ounce pada jam 5.00 petang, naik 0.33% atau $4.40 selepas jatuh ke paras terendah awal bulan September pada harga $1,326.70 semalam.

Harga emas jatuh dua sesi berturut-turut pada hari Selasa, berikutan minat pelabur beralih kepada aset berisiko seperti saham, selepas kebimbangan membeli akibat ketegangan Korea Utara dan badai Irma semakin reda.

Harga emas meningkat kepada $1,362.40 pada hari Jumaat lepas, paras tertinggi setahun yang lalu selepas taufan Irma membadai Florida serta pasaran bimbang dengan spekulasi ujian peluru berpandu atau senjata nuklear oleh Korea Utara seterusnya pada sambutan ulang tahun  penubuhan negara mereka 9 September yang lalu.

Para pelabur kini mengalih perhatian mereka kepada data-data ekonomi US akan datang bagi mencari petunjuk-petunjuk baru berkenaan tempoh yang akan diambil oleh Federal Reserve untuk mengecilkan pegangan bon, serta keupayaan mereka untuk menaikkan kadar faedah pada tahun ini.

Laporan indeks harga pengeluar (PPI) Amerika akan dikeluarkan pada jam 8.30 malam ini, dan indeks harga pengguna (CPI) pula pada hari Khamis esok. Kedua-dua data ini merupakan antara data ekonomi penting bagi Fed dalam membuat keputusan polisi monetari seterusnya.

Anda boleh dapatkan Buku Analisis Fundamental untuk Forex Trader untuk melihat data-data ekonomi yang penting bagi bank pusat untuk menilai keadaan ekonomi semasa serta bagaimana data-data tersebut membantu bank pusat membuat keputusan polisi mereka.

Pasaran kekal meragui kenaikan kadar faedah Fed akhir tahun ini berikutan pandangan inflasi yang lemah. Walau bagaimanapun, Federal Reserve dijangka akan mulakan proses pengecilan penyata imbangan pada musim luruh nanti.

Emas sensitif dengan pergerakan dolar. Dolar yang lemah menyebabkan harga emas lebih murah untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain.

The post Emas Naik Menghampiri Paras Pembukaan Harga Minggu Ini, Fokus Beralih Kepada Data PPI Amerika appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wYmQy3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.