Hi! Welcome Back and Stay Tune! Erra okay aje… - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Erra okay aje…

PELAKON popular Erra Fazira tiada masalah jika diundang menjadi juri jemputan program AF Megastar dan menegaskan dia harus bersikap profesional.

Penjelasan itu diberikan Erra apabila timbul dakwaan mengatakan dia enggan menjadi juri jemputan kerana pembabitan temannya, Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir yang juga juara Akademi Fantasia musim kelapan.

Bagaimanapun katanya, sekiranya perkara itu boleh dielakkan, Erra memilih untuk tidak berbuat demikian bagi mengelakkan timbul rasa tidak puas hati penonton setia program terbabit.

“œDalam hal ini sudah tentu saya harus bersikap profesional. Begitupun sekiranya pihak produksi memang benar-benar mahukan saya dan tidak ada orang lain dirasakan layak untuk duduk di kerusi juri jemputan itu, saya harus juga bersikap sama.

“œKalau menolak, bimbang kelak saya pula yang dikatakan tidak profesional. Saya sebaik mungkin tidak mahu perkara seperti itu berlaku,” katanya.

Shahir antara 12 peserta yang layak untuk terus bersaing di peringkat seterusnya dalam program yang diterbitkan dan disiarkan Astro Ria itu.

Menjelaskan namanya mula menjadi ‘bahan’ apabila Shahir tampil di pentas AF Megastar minggu lalu, Erra berkata, dia menerimanya dengan positif, tidak rasa tertekan dan mengambilnya sebagai asam garam dunia seni.

“Itukan permainan di atas pentas untuk menyemarakkan lagi situasi pertandingan. Ia hanya gurauan antara pengacara program itu dan peserta,” jelasnya.

Erra turut menegaskan kemahuan untuk Shahir kembali aktif dan menyertai AF Megastar datang daripada dirinya sendiri dan dakwaan mengatakan ia disebabkan dipujuk dan dipaksa Erra, tidak benar.

“Sebagai kawan apabila Shahir mengatakan dia mahu kembali aktif sudah tentu saya menyokong dengan memberikannya semangat. Saya pula ada sedikit pengalaman dan berkongsi pendapat apabila Shahir sendiri minta. Bagaimanapun tidak semestinya pendapat yang dikongsi itu akan digunakan Shahir,” tegasnya.

Hubungan Erra dan Shahir hangat diperkatakan apabila kedua-dua pihak mengakui kini sedang berkawan rapat. Bagaimanapun mereka tidak pernah mengakui keakraban wujud antara mereka disebabkan hubungan cinta.

The post Erra okay aje… appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xb1lvM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.