Hebatnya! Video Miss JPJ petah berbahasa mandarin ditonton 4 juta kali
Video itu telah dirakamkan oleh sahabatnya, Syamsul Amir dan tular di Facebook sejak dua hari lalu hingga telah dikongsi semula sebanyak 45,000 pengguna.
Dalam rakaman tersebut, Syafiqah atau nama sebenarnya Nur Syafiqah Azaman, 22, membantu dua warga asing dari Shandong, China untuk urusan pertukaran nama hak milik kenderaan.
Memandangkan kedua-dua warga asing itu tidak fasih berbahasa Inggeris dan Melayu, maka Syafiqah cuba membantu mereka.
"Niat saya hanya ingin membantu kerana kedua-dua pelajar itu tidak boleh bercakap bahasa Melayu dan Inggeris."Mereka ternyata gembira kerana urusan mereka dipermudahkan," katanya kepada Kosmo!.
Netizen rata-ratanya memuji kehebatan Syafiqah yang mampu bertutur dengan lancar.
"Ini penjawat awam berkualiti menguasai lebih bahasa dan memudahkan urusan harian," tulis Suan Poh Tan.
"Hei Miss JPJ, anda bercakap bahasa Mandarin sangat bagus. Tahniah!" tulis Thomas Lim.
"Syabas kepada gadis Melayu yang fasih bahasa Mandarin sebab saya berbangsa Cina pun tak tahu bertutur bahasa Mandarin. Rasa malu," tulis Eric Yeap.
Difahamkan, Syafiqah pernah membintangi drama bersiri Ops Cinta Din Sardin sebagai watak sampingan bersama Izzue Islam dan Mira Filzah.
Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Kosmo!, Siakap Keli
Sumber Hebatnya! Video Miss JPJ petah berbahasa mandarin ditonton 4 juta kali
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xUjOy2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment