Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isu gurau datuk beli: “Saya tak gurau berlebihan, kalau penonton gelak dan terhibur sudah cukup” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isu gurau datuk beli: “Saya tak gurau berlebihan, kalau penonton gelak dan terhibur sudah cukup”

Pelawak Zizan Razak menganggap pengacaraannya pada malam Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29) pada malam Sabtu tidak keterlaluan.

Zizan, 33, berkata, apa yang disampaikan pada malam berkenaan tidak mendapat sebarang teguran daripada pihak produksi.

“Pada saya kalau penonton gelak dan terhibur itu sudah cukup dan pihak produksi juga suka dengan perjalanan majlis malam ini.

 

Baca artikel sebelum: Gurauan Datuk beli, Hans Isaac kecewa dengan sindiran Zizan, anggap keterlaluan

“Saya juga tidak rasa apa yang saya sampaikan malam ini terlalu kasar dan penonton juga bijak menerimannya.

“Saya tidak bergurau berlebih-lebihan kerana apa yang saya cakap ditapis oleh pihak produksi. Mereka tidak cakap apa-apa pun,” ujarnya kepada mStar Online.

Zizan ditemui selepas selesai siaran langsung anugerah FFM29 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Sabtu.

Pelawak tersebut mengulas pendapat segelintir penonton yang kurang senang dengan cara penyampaiannya mengacarakan majlis rasmi tersebut.

Malah, Zizan juga dikatakan bergurau kasar sehingga menyinggung perasaan Datuk Hans Isaac dan Datuk Eizlan Yusof berkaitan gelaran Datuk.

Sementara itu, pelakon filem Abang Long Fadil 2 ini berkata, penonton seharusnya tidak memperbesarkan hal remeh temeh berkenaan.

Katanya, semua pihak perlu memberi tumpuan dan perhatian kepada para pemenang, bukannya perkata negatif yang berlaku.

“Kenapa nak ambil kira perkara negatif sedangkan kita banyak perkara positif yang boleh dibincangkan malam ini.

“Bagaimanapun, kritikan adalah sesuatu yang baik dan bermakna ramai yang menonton siaran langsung tersebut,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, menjawab tentang kritikan Afdlin Shauki yang mengkritik dia berkaca mata pada malam berkenaan, Zizan berkata, Afdlin tidak faham perjalanan majlis berkenaan.

Kata Zizan, dia tampil dengan imej demikian selepas membuat persembahan pembukaan.

“Dia mungkin tak faham perjalanan majlis itu. Saya pakai kaca mata sekejap sahaja selepas buat persembahan,” ujarnya.

Sumber: Mstar



Sumber Isu gurau datuk beli: “Saya tak gurau berlebihan, kalau penonton gelak dan terhibur sudah cukup”

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jVLpsu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.