Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bukti muzik rock relevan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bukti muzik rock relevan

Dalam cabaran arus moden kini, muzik rock yang pernah menambat hati masyarakat pada 1980-an hingga 1990-an dulu, masih ada tempat di hati peminat kini.

Perkara ini diakui vokalis tiga kumpulan rock yang ditemui baru-baru ini, Junction, Loving Born dan Giegiel pada sesi fotografi baru-baru ini. Bakal beraksi menjayakan Konsert Gegaran Rock Legenda di Bizpark Ulu Tiram, Johor, pada 30 September ini, mereka akui sangat teruja menantikan detik itu.

Vokalis Junction, Kamarul Hatta Zaharuddin atau Hatta, 50, berkata, walaupun kini banyak perubahan berlaku dalam industri muzik tanah air tetapi muzik rock masih ada tempat di hati peminat.

Apatah lagi kumpulan rock kapak era 1980-an dan 1990-an seperti mereka yang mungkin ramai peminat sangka sudah tidak aktif menyanyi.

“Terus terang, hingga kini saya masih aktif menyanyi dan mendapat tawaran persembahan. Cuma, skop persembahannya tidaklah berskala besar.

“Justeru saya sangat teruja untuk menjayakan Konsert Gegaran Rock Legenda dan percaya muzik rock masih relevan untuk diperjuangkan,” katanya.

Meskipun masa sudah jauh berlalu, Hatta yakin genre muzik seperti rock tidak pernah hilang ditelan zaman. Katanya, Konsert Gegaran Rock Legenda ini sangat istimewa buat Junction kerana bertepatan sambutan 30 tahun pembabitan dalam industri muzik tanah air.

“Junction ditubuhkan pada 1987 dan ketika popular dulu pernah menghasilkan tiga album iaitu Arah (1988), Penentuan (1989) dan Petualang (1990).

“Cuma ketika album Petualang, ia dihasilkan dengan vokalis baru apabila saya memilih membawa haluan sendiri dan tampil dengan album solo, Reaksi (1990),” katanya.

Pada malam itu nanti, Hatta akan menyampaikan lagu Akan Ku Kenang, Monoloq Cinta Rina dan Dosa.

Bagi vokalis Loving Born, Abu Hanifah Ahmad atau Abu, 60, bidang nyanyian tidak pernah dilupakan hingga kini, cuma sekarang aktiviti seninya lebih di Perak kerana menetap bersama keluarga di sana. Baginya, peluang menyertai Konsert Gegaran Rock Legenda ini memang sangat bermakna terutama buat melepas rindu.

“Saya yakin Loving Born masih ada kelompok peminat sendiri yang mungkin teringin menyaksikan persembahan kami selepas sekian lama.

“Lebih bermakna, Konsert Gegaran Rock Legenda itu menjadi saksi meraikan ulang tahun ke-30 pembabitan dalam industri muzik,” katanya yang bercadang menyanyikan lagu Terima Kasih dan Tanjung Puteri.

Sepanjang memperjuangkan muzik rock pada era 1980-an dulu, Loving Born pernah menghasilkan tiga album sebelum menyepi iaitu Insaf (1987), Kekalkan (1988) dan Nyanyian Hidup (1989).

Mewakili kumpulan rock ditubuhkan penghujung 1990-an iaitu Giegiel, vokalisnya, Mohamad Zaiful Nizam Sulaiman atau Ejam, 39, turut menyifatkan ia peluang keemasan.

“Jujur saya akui sangat teruja untuk membuat persembahan dalam satu konsert bersama kumpulan Junction, Loving Born dan lain-lain kerana saya membesar dengan lagu popular mereka.

“Ketika remaja dulu, saya sering memetik gitar mendendangkan lagu mereka. Saya sangat kagum dan menghormati perjuangan penyanyi rock senior seperti abang Abu dan abang Hatta yang masih aktif menyanyi hingga kini,” katanya.

Ejam berkata, meskipun nama kumpulan Giegiel tidak sehebat Junction dan Loving Born, perjuangan mereka tetap sama iaitu muzik rock kapak.

Giegiel ditubuhkan pada 1999 dan kumpulan rock seangkatan mereka ketika itu ialah Jinbara dan Baji. Sepanjang aktif memperjuangkan muzik rock, Giegiel merakamkan dua album iaitu Giegiel (2001) dan yang terakhir pada 2005.

Untuk persembahan nanti, Ejam akan menyampaikan lagu Cahaya dan Penasaran.

Orang ramai yang berminat untuk menyaksikan Konsert Gegaran Rock Legenda ini terutama di sekitar Johor dan Singapura, boleh mendapatkan tiket berharga RM40.

Konsert yang dijangka berlangsung selama tiga jam bermula 8.45 malam itu turut dijayakan dua kumpulan rock legenda Singapura iaitu Your’s dan Overload.



Sumber Bukti muzik rock relevan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xxWOnv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.