Hi! Welcome Back and Stay Tune! Video 6 motosikal sedang berkonvoi rebah di Terowong Genting Sempah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Video 6 motosikal sedang berkonvoi rebah di Terowong Genting Sempah

SEKURANG-kurangnya enam motosikal yang sedang berkonvo terbabit dalam kemalangan dalam Terowong Genting Sempah, dekat Bentong, petang kelmarin.

Rakaman dipercayai kamera litar tertutup (CCTV) dalam terowong memaparkan kejadian itu turut tular di media sosial sejak malam kelmarin.

Syarikat konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) ANIH Berhad dalam kenyataan mengesahkan kejadian berlaku kira-kira 5.35 petang.

“Kami sebagai syarikat konsesi KLK memaklumkan kemalangan dalam Terowong Genting Sempah yang rakannya sedang tular menerusi Facebook berlaku pada 5.35 petang semalam (Sabtu).

“Kejadian membabitkan dua motosikal bergesel sesama sendiri dan jatuh di laluan kanan. Susulan kejadian, seorang penunggang mengalami kecederaan ringan.

“Kemalangan ituy dapat dikawal sepenuhnya oleh petugas LPT Ronda,” katanya.

Dalam video itu, sebuah motosikal yang berada di garisan tengah cuba memotong dua kereta apabila ia bergesel dengan sebuah lagi motosikal.

Pergeselan itu menyebabkan sebuah kereta di lorong kanan tidak sempat mengelak dan melanggar salah satu motosikal berkenaan yang kemudian terjatuh ke bahu jalan.

Tiga motosikal yang berada di belakang tidak sempat mengelak daripada merempuh sebuah motosikal yang jatuh.

Sementara itu, polis yang dihubungi menyatakan seorang mangsa yang cedera ringan dalam kemalangan itu diberi rawatan awal di lokasi dan siasatan lanjut sedang dilakukan.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Video 6 motosikal sedang berkonvoi rebah di Terowong Genting Sempah

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fj2tDX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.