Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kelantan tidak akan tutup pusat tahfiz - Timbalan MB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kelantan tidak akan tutup pusat tahfiz - Timbalan MB

KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan tidak akan menutup pusat tahfiz dan pondok pengajian agama walaupun premis itu tidak mempunyai sijil layak menduduki (CF) atau dianggap tidak selamat.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tiada sebab untuk bertindak menutup pusat pengajian berkenaan semata-mata berdasarkan insiden kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Usaha untuk meningkatkan aspek keselamatan itu bagus, tetapi tidak patut sampai menutup (pusat tahfiz atau sekolah pondok).

"Sebabnya, saya sudah sebutkan dari awal, sepatutnya kerajaan perlu beri perhatian kepada penubuhan pusat tahfiz. Kalau kerajaan boleh sediakan, orang tak akan pergi ke swasta, orang lain pun tak akan tubuhkan (pusat sendiri).

"Kena bantu. Tutup bukan selesai masalah,” katanya.

Tambah Mohd Amar, walaupun kelemahan dari aspek keselamatan pencegahan kebakaran tidak diberi perhatian oleh pengusaha pusat tahfiz dan juga pondok sekolah agama seperti yang dilaporkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), kerajaan seharusnya membantu menyalurkan peruntukan untuk mereka.

Di Kelantan, lebih 50 pusat tahfiz Al Quran di dakwa tidak mempunyai ciri keselamatan pencegahan kebakaran termasuk tidak mempunyai CF.

Manakala, lebih 150 buah pondok pengajian agama persendirian yang juga senasib memerlukan penambahbaikan dan perhatian dari kerajaan persekutuan.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memaklumkan pusat tahfiz yang gagal mematuhi peraturan keselamatan diberi tempoh untuk mempertingkatkan aspek itu atau diarah menghentikan operasi jika terus mengabaikannya.

Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan tragedi yang menimpa pusat itu tidak berulang.

Katanya, kabinet juga memutuskan supaya JBPM memeriksa semua pusat tahfiz di seluruh negara untuk memastikan keselamatan pusat itu mencapai piawaian yang ditetapkan.



Sumber Kelantan tidak akan tutup pusat tahfiz - Timbalan MB

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xxAOZR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.