Hi! Welcome Back and Stay Tune! Caj Pemajuan ditangguh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Caj Pemajuan ditangguh

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan Caj Pemajuan yang sepatutnya bermula pada 1 September lalu bagi membolehkan pihak berkuasa tempatan (PBT) bersedia dan mencari kaedah terbaik dalam pematuhan tanah diubah status untuk dibangunkan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Md Jais Sarday, berkata penangguhan itu bagi menimbang permintaan daripada beberapa PBT yang masih belum bersedia dengan pelaksanaan caj berkenaan.

Katanya, satu mesyuarat khas akan diadakan pada Khamis ini berhubung isu penangguhan itu termasuk mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Perancang Negeri sama ada akan tangguh atau terus melaksanakan Caj Pemajuan itu.

"PBT minta pelaksanaan terbabit ditangguhkan sehingga 1 Januari 2018 dan apa yang menjadi kebimbangan kerajaan negeri ialah sekiranya kita meneruskan pelaksanaan berkenaan, ia akan menimbulkan masalah kepada PBT yang masih belum bersedia kerana ia membabitkan pengauditan.

"Terdapat juga pemaju yang masih menunggu pewartaan Rancangan Tempatan sebelum menjalankan pembangunan di kawasan mereka kerana ada sebahagian daripada tanah pemaju masih lagi berada dalam kawasan pertanian yang belum diwartakan. Sekiranya mereka menjalankan pembangunan perumahan di kawasan berkenaan, mereka akan dikenakan Caj Pemajuan kerana status tanah yang ditukar dari pertanian kepada perumahan.

"Sehingga kini, kerajaan negeri sedang menyiapkan Rancangan Tempatan bagi daerah Redang, Kota Tinggi, Mersing, Johor Bahru dan Kulai yang kita jangka juga akan siap diwartakan pada 1 Januari 2018," katanya pada sidang media pada sesi taklimat persiapan akhir dan walkabout ke tapak ekspo di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, dekat sini, hari ini.

Pelaksanaan Caj Pemajuan diluluskan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri pada 4 Julai lalu bagi Perubahan Penggunaan Tanah, Perubahan Ketumpatan (Kepadatan) dan Perubahan Luas Lantai.

Langkah itu satu bentuk bayaran yang diperuntukkan mengikut Seksyen 32 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) bagi tanah di kawasan zon antarabangsa dikenakan sebanyak 30 peratus, manakala kawasan majlis bandaraya sebanyak 15 peratus dan kawasan PBT bertaraf perbandaran sebanyak 15 peratus dan bagi PBT bertaraf daerah 10 peratus.



Sumber Caj Pemajuan ditangguh

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2weSfuT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.