Imigresen kumpul maklumat pesta gay
Ketua Pengarah JIM, Datuk Seri Mustafar Ali berkata ia bagi memastikan mereka berkenaan yang bermasalah tidak masuk ke negara ini dan mereka akan diberikan Notis Penolakan Masuk (NIL) di bawah Seksyen 8 Akta Imigresen 1559/63.
"Kerajaan telah ambil satu ketetapan iaitu melarang pesta berkenaan dan JIM dipertanggungjawabkan untuk menyekat mana-mana individu atau penganjur untuk masuk ke Malaysia.
"Saya juga tidak faham dengan mereka yang mempertikaikan tindakan JIM untuk melarang individu terlibat pesta itu masuk ke Malaysia kerana ia (pesta) bukan budaya negara ini dan ini bukan sahaja soal agama Islam atau tidak, tetapi (pesta itu) terlalu abnormal kepada kita (di Malaysia)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan majikan bagi membincangkan isu pekerja asing, di sini hari ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia tidak akan membenarkan sebarang acara atau parti gay yang dilaporkan dirancang untuk diadakan pada 30 Sept.Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata walaupun sehingga ini penganjur acara itu belum membuat permohonan permit bagi membolehkan acara itu berlangsung, beliau telah mengarahkan PDRM untuk tidak meluluskannya.
Dilaporkan pesta itu diadakan bagi mempromosikan acara perhimpunan gay tahunan terbesar di Asia iaitu 'White Party Bangkok' di Thailand yang dijadualkan berlangsung pada 28 Dis depan.
Sementara itu, Mustafar berkata majikan tidak perlu takut atau bimbang untuk memohon pekerja asing untuk bekerja di syarikat mereka kerana pihaknya sentiasa bersedia meluluskannya jika ia mematuhi peraturan yang ditetapkan.
"Majikan perlu buktikan ada penjanjian kontrak untuk projek mereka laksanakan untuk mengambil pekerja asing dan bukannya tiada kerja (projek), tetapi memohon (pekerja) dalam jumlah yang ramai atau luar biasa, itu macam menjual orang jadi memang tidak diluluskan (permohonan) tersebut," katanya.
Beliau berkata ketika ini terdapat 1.72 juta pekerja asing yang berdaftar di negara ini dan pihaknya percaya jumlah itu mencukupi untuk menampung permintaan majikan.
"Selain itu, majikan juga dinasihatkan agar tidak memohon pekerja asing dengan menggunakan orang tengah sebaliknya terus kepada JIM bagi mengelak ditipu dan dikenakan caj yang tinggi oleh mereka (orang tengah) dan kami juga akan mengambil tindakan tegas terhadap orang tengah," katanya.
-- BERNAMA
Sumber Imigresen kumpul maklumat pesta gay
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xxn5SA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment