Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isu soalan bocor Clever Girl: Penerbit tidak mahu komen, TV3 pula tak teragak-agak ambil tindakan undang-undang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isu soalan bocor Clever Girl: Penerbit tidak mahu komen, TV3 pula tak teragak-agak ambil tindakan undang-undang

SISTEM Televisyen Malaysia Berhad (TV3) mengambil maklum mengenai keputusan Noor Syakirah Mohd Azam atau Kiera untuk menarik balik kenyataannya mengenai rancangan CleverGirl Malaysia Musim Kedua seperti yang dilaporkan oleh beberapa media di laman sosial.

Baca artikel sebelum: Tarik diri dari Clever Girl kerana produksi TV3 pilih bulu, Kiera tarik balik kenyataan

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, TV3 menegaskan bahawa segala dakwaan melalui kenyataan asal bekas peserta rancangan berkenaan adalah tidak benar sama sekali.

TV3 sentiasa mengambil berat tentang integriti rancangan dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu dan berunsur fitnah.

Sementara itu, penerbit program berkenaan, Nazatul Fariz ketika dihubungi berkata, tiada sebarang komen daripada pihaknya berkenaan hal itu.

“Saya tidak boleh memberi sebarang ulasan mengenai hal ini. Apa-apa pun keputusan perlu tunggu daripada pihak atasan,” katanya ringkas.

Terdahulu, pada 21 September lalu, secara rasminya bekas peserta dari Pulang Pinang itu menarik diri daripada program yang dikendalikan oleh Alif Satar itu.

Menerusi laman Instagram miliknya, Kiera meluahkan rasa tidak puas hati terhadap program kendalian TV3 itu dikatakan mempergunakannya sebagai bekas pelajar universiti berprestij dunia iaitu Universiti Oxford.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Isu soalan bocor Clever Girl: Penerbit tidak mahu komen, TV3 pula tak teragak-agak ambil tindakan undang-undang

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xxMSdw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.