Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Jenaka Zizan sangat tidak sensitif, boleh dianggap menghina institusi istana” – Datuk Seri Shah Rezza - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Jenaka Zizan sangat tidak sensitif, boleh dianggap menghina institusi istana” – Datuk Seri Shah Rezza

PELAKON dan usahawan popular, Datuk Seri Shah Rezza, 55, terkilan apabila sahabatnya, Datuk Hans Isaac dan Datuk Eizlan Yusof dijadikan bahan lawak oleh pengacara Zizan Razak pada Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29), semalam.

Shah Rezza berkata, pengacara itu mungkin tidak tahu menahu pasal kedudukan Datuk dianugerahkan kepada seorang anak seni.

“Dari zaman kesultanan Melayu Melaka, penganugerahan Datuk adalah hak Sultan dan ia berterusan sehingga ke hari ini.
“Sultan berhak untuk beri gelaran kepada sesiapa saja termasuk anak seni. Kebetulan Sultan Pahang paling banyak menganugerahkan gelaran itu kepada anak seni sebab Tuanku memang meminati seni Melayu,” katanya.

Katanya, Istana Pahang memang aktif membantu anak seni dan ahli sukan sedari dulu tanpa mengharapkan balasan.

Pelakon era 1980-an itu mendedahkan, ramai tidak tahu pihak istana Pahang sering memberi sumbangan wang kepadanya untuk disumbangkan kepada artis yang sakit dan hidup melarat.

Malah Datuk Hans Isaac dan Datuk Eizlan juga sering membuat sumbangan ikhlas yang besar kepada masyarakat tanpa publisiti meluas.

Shah Rezza akui jenaka oleh Zizan sangat tidak sensitif dan boleh dianggap menghina institusi istana.

Katanya, pihak istana boleh bertindak ke atas sesiapa sahaja jika ia terlalu mengaibkan.

Beliau berpendapat, mana-mana artis yang mendapat gelaran Datuk wajar merasa terhina dengan jenaka yang dilontarkan Zizan.

Sumber: Harian Metro



Sumber “Jenaka Zizan sangat tidak sensitif, boleh dianggap menghina institusi istana” – Datuk Seri Shah Rezza

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wPreOl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.