“Saya lebih selesa berdiam diri namun saya serius dan tak main-main dalam hubungan ini” – Kamal Adli
JIKA sebelum ini Emma Maembong menyatakan yang dia akan terus bernikah tanpa bertunang. Kini, Kamal Adli pula muncul dengan kenyataan lebih selesa berdiam diri.
Pelakon Kamal Adli menyatakan dia lebih suka tidak terlalu bercerita mengenai hubunggannya dengan Emma.
“Saya lebih selesa berdiam diri tentang hal ini kerana kalau kita asyik bercakap tentang jodoh, orang jadi bosan dan haters makin bertambah pula.
“Secara zahirnya saya sudah bersedia untuk berkahwin dan berserah kepada jodoh dan takdir.
“Malah, saya serius dan tak main-main dalam hubungan ini,” katanya dipetik laporan mStar Online.
Walaupun begitu, dia sedia maklum dengan statusnya sebagai selebriti yang mendapat perhatian netizen dalam apa sahaja yang dilakukannya. Jadi, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak yang sering melontarkan pertanyaan tersebut.
“Saya tak salahkan orang yang bertanya kerana mereka mahu tengok kami bahagia dalam perhubungan.
“Cuma soal jodoh ini kita tak tahu dan saya berharap peminat mendoakan yang terbaik buat kami,” ujarnya.
Dalam pada itu, Emma bakal bergandingan sekali lagi dengan Kamal menerusi drama Jangan Padam Rindu terbitan Suhan Movies. Ini merupakan gandingan ketiga mereka selepas membintangi drama Syurga Tanpa Cinta dan Jodoh Sebelah Pintu.
Drama 20 episod itu diadaptasi daripada sebuah novel dan akan memulakan pengambarannya pada hujung bulan ini.
“Saya baru saja menamatkan penggambaran drama Awak Suka Saya Tak? bergandingan dengan Alvin Chong. Ia akan disiarkan bermula 25 September ini di Astro Ria. Drama itu akan mengisi slot sama drama lakonan Kamal dan Zahirah Macwilson, Duda Pujaan Dara, yang sudah pun tamat siarannya.
“Insya-Allah, selepas ini saya akan ke lokasi penggambaran drama terbitan Suhan Movies pula, dengan Kamal,” katanya dipetik laporan BH Online.
Namun, menurut Emma, dia dan Kamal belum ada lagi perancangan untuk ke fasa seterusnya kerana masing-masing mahu fokus pada kerjaya dan bidang perniagaan.
Diharapkan kedua-dua pelakon ini berjaya dalam bidang yang diceburi dan semoga dipermudahkan untuk proses membina’masjid’ nanti!
Sumber: MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim
Sumber “Saya lebih selesa berdiam diri namun saya serius dan tak main-main dalam hubungan ini” – Kamal Adli
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xsy3Hu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment