Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kami hanya mahu serlah bakat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kami hanya mahu serlah bakat

Antara tiga penyanyi ini, Idayu, Bob dan Amir Jahari banyak persamaannya. Sama-sama lahir daripada program realiti Akademi Fantasia (AF), mereka juga diakui ramai memiliki bakat besar dalam dunia seni.

Ketika menyertai AF sebelum ini, mereka berjaya mencuri tumpuan dengan bakat dimiliki tetapi tewas apabila nasib mereka berada di hujung jari penonton yang lebih memandang fizikal dan personaliti peserta.

Kini apabila menyertai program realiti AF Megastar, ia dilihat sebagai medan untuk menyerlahkan bakat yang mereka miliki yang mungkin selama ini kurang disedari ramai.

Sejak bersiaran 3 September lalu, mereka menunjukkan ‘taring’ dengan memberi persembahan mengagumkan dan terus bertahan untuk minggu keempat malam ini.

Minggu lalu menyaksikan dua peserta, Adira dan Azhar menjadi mangsa pertama disingkirkan apabila berada dalam kumpulan tiga peserta paling bawah.

Masih mengekalkan konsep undian umum sebanyak 40 peratus dan selebihnya daripada juri tetap serta jemputan, pola pertandingan tidak berubah.

Sebagai bukti, apabila Amir yang pernah menyertai Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) mendapat pujian sewaktu mengadakan persembahan daripada juri, tersenarai dalam kumpulan tiga peserta paling rendah.

Begitupun nasib menyebelahi Amir apabila Azhar dan Adira yang gagal menyanyi dengan baik pada Ahad lalu, disingkirkan.

Juri akui untuk menyelamatkan Amir, mereka terpaksa memberikan markah tinggi kerana undian penonton walaupun hanya 40 peratus tetapi tetap punya pengaruh.

Menilai pada sudut itu, dalam persaingan AF Megastar kali ini, kemungkinan ketiga-tiga bakat besar ini bakal berhadapan dengan situasi sama sewaktu mereka menyertai AF dulu.

Tidak memiliki kelebihan pada sudut paras rupa dan susuk tubuh idaman menjadi kekurangan untuk mereka meraih undi daripada penonton dan berkemungkinan tersingkir awal.

Membicarakan perkara ini, Idayu, Bob mahupun Amir tetap melihat penyertaan dan pemilihan mereka dalam AF Megastar pada sudut positif dan menegaskan, sekurang-kurangnya penonton sekarang dapat menyaksikan kembali bakat mereka.

Idayu atau Nur Farah Idayu Yaacob, 32, yakin penonton sekarang semakin bijak dan sampai bila telinga mereka boleh bertahan mendengar nyanyian mereka yang hanya memiliki kelebihan pada sudut penampilan, sedangkan irama dan alunan vokal itu sifatnya sempurna.

Katanya, orang mencari kepuasan dalam mendengar tetapi waktu sama akui mereka yang memiliki paras rupa saja sebenarnya turut mempunyai kelebihan apabila mengadakan persembahan.

“Saya melihat mereka memberikan cabaran kepada kami untuk menampilkan persembahan yang bagus pada setiap minggu. Ia menggerakkan kami agar tampil lebih kreatif dan memberikan kualiti nyanyian luar daripada kebiasaan,” katanya.

Idayu yang bakatnya diketengahkan menerusi Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) yakin dengan markah 60 peratus oleh juri dan menyifatkan ia masih besar berbanding undian penonton.

“Dalam apa juga keadaan, saya nampak juri memiliki telinga yang tajam untuk menilai bakat setiap peserta layak bertanding dan mereka mahu mencari penyanyi dalam AF Megastar yang berkualiti berbanding populariti,” katanya.

Penyanyi asal daripada Kelantan ini berkata, andai kelak dia tidak berjaya bertanding ke peringkat akhir sekurang-kurangnya dia puas kerana dapat menampilkan persembahan yang menjadi sebutan ramai.

Apatah lagi waktu sama sudah 12 tahun Idayu tidak tampil di khalayak umum dan AF Megastar memberi ruang untuknya mengumpul peminat muda dan baru yang tidak pernah mengenali diri dan bakatnya.

Bob atau Yusrizan Usop yang bakatnya diketengahkan dalam Akademi Fantasia musim kedua (AF2) berkata, dia memang menggunakan pentas AF Megastar ini untuk menampilkan kekuatan pada sudut elemen muzik dan vokal.

Katanya, AF Megastar adalah pentas baginya untuk menunjukkan kepada umum selepas 13 tahun untuk ketengahkan apa yang boleh diberikan terutama kepada pihak yang terlepas pandang sewaktu menyertai AF2 dulu.

“Sudah tentu penyertaan saya kali ini berbeza apatah lagi terpaksa bersaing dengan mereka yang mempunyai kelebihan dari segi paras rupa dan memiliki pengikut ramai dalam media sosial.

“Sewaktu kami menyertai pertandingan AF dulu, media sosial tidak secanggih sekarang. Pastinya zaman kami dulu dengan mereka yang menyertai AF pada zaman teknologi media sosial semakin canggih, sangat berbeza. Saya akui mereka yang menyertai AF pada zaman media sosial canggih mempunyai kelebihan,” katanya.

Begitupun, tegas penyanyi berasal dari Sarawak itu, dia tidak mempunyai sebarang strategi apabila terpilih sebagai salah seorang peserta AF Megastar.

“Jujur saya hanya mahu mengetengahkan bakat dan setiap minggu cuba memberikan persembahan terbaik. Dalam waktu sama, saya mengharapkan dapat mengumpul sejumlah peminat muda yang tidak berkesempatan menyaksikan penampilan saya sewaktu menyertai AF2,” katanya.

Nilailah dari hati

Amir Jahari atau Mohamad Amirullah Jahari berharap penonton yang menyaksikan AF Megastar melihat peserta yang bertanding pada tahap berbeza sesuai dengan kualiti yang cuba ditampilkan dalam program baru itu.

Katanya, masyarakat perlu faham kualiti muzik itu apa berbanding populariti.

“Saya akui dari awal pembabitan dalam AF9, saya bukanlah peserta pilihan andai dinilai dari segi populariti. Apabila populariti masih berkuasa dalam AF Megastar, pastinya ia agak canggung. Penonton seharusnya menilai muzik dan bukan penampilan peserta.

“Faktor luaran tidak seharusnya menjadi taruhan sebaliknya setiap persembahan harus dilihat dan belajar mendengar dengan ‘hati’.

“Hanya dengan cara itu saja isu bias tidak akan wujud dan pemilihan juga undian dapat diseimbangkan dengan populariti dan juga bakat,” katanya.

Mengenai kebimbangan yang wujud apabila paras rupa dan personaliti masih menjadi taruhan, kata Amir dia hanya bimbangkan peserta yang bakal dipilih sebagai pemenang.

Katanya, penyanyi memiliki kelebihan dari segi vokal dan muzik meletakkan satu penanda aras kepada program AF Megastar.

“Sudah tentu apabila mereka keluar nanti, umum meletakkan harapan tinggi untuk mereka menampilkan muzik dan nyanyian berkualiti tinggi.

“Kalau kelak mereka gagal memberikan kualiti yang diharapkan, pastinya ia akan memberikan tekanan kepada mereka untuk meneruskan kerjaya sebagai penghibur,” katanya.

Selain Idayu, Bob dan Amir meneruskan perjuangan pada malam ini, turut bersaing ialah Marsha, Shahir, Indah Ruhaila, Ewal, Sufi Rashid, Syamel dan Amir.

The post Kami hanya mahu serlah bakat appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hps6av

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.