Hi! Welcome Back and Stay Tune! PUKUL 5 PAGI. NAMPAK MOTORSIKAL DEPAN TANDAS STESEN MINYAK. SELEPAS SEJAM APA YANG DITEMUI AMAT MENGEJUTKAN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PUKUL 5 PAGI. NAMPAK MOTORSIKAL DEPAN TANDAS STESEN MINYAK. SELEPAS SEJAM APA YANG DITEMUI AMAT MENGEJUTKAN

AMAT MENGEJUTKAN AJAL DATANG DALAM BENTUK YANG TAK TERSANGKA. TAKZIAH.
Pukul 5 pagi nampak ada motorsikal depan tandas. Lepas sejam seorang pekerja stesen minyak mula rasa ada “sesuatu” yang tak kena bila ketahui pintu tandas masih terkunci dari dalam. Bila buka pintu tandas tu je terkejut bila dapati….

TEMUI LELAKI MENINGGAL DUNIA DALAM TANDAS
LELAKI berusia 40-an ditemui meninggal dunia dalam tandas stesen minyak di Merang, Setiu, kira-kira 5 pagi hari ini.

RUANG PENGIKLANAN

Kejadian disedari seorang pekerja stesen minyak itu yang menemui motosikal dipercayai digunakan mangsa di depan tandas, kira-kira jam 5 pagi, sebelum menghubungi polis selepas mendapati pintu tandas berkunci lebih sejam.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris ketika dihubungi, berkata Balai Bomba dan Penyelamat Setiu menerima laporan kejadian itu jam 6.43 pagi.

PELIK BILA LEPAS SEJAM MASIH TAK KELUAR
“Pekerja stesen minyak itu mulanya tidak mengesyaki apa-apa tetapi selepas lebih sejam apabila dia dapati motosikal berkenaan masih di situ dan pintu tandas berkunci dari dalam, dia bertindak menghubungi polis,” katanya hari ini.

Menurutnya, selepas menerima laporan, beberapa angota bomba bergegas ke lokasi dan terpaksa menggunakan alat pemotong untuk membuka pintu tandas yang berkunci dari dalam.

“Selepas pintu berjaya dibuka, lelaki itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat kemudian dihantar ke Hospital Setiu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Zulkifli berkata, polis yang menjalankan siasatan tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri mangsa.

KEMATIAN MENGEJUT
“Bagaimanapun, semakan dilakukan mendapati motosikal yang ditemui di depan tandas dimiliki seorang lelaki berasal dari Kampung Penarik Setiu.

“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut dan setakat ini kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat mengenai mangsa menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wLP9Dh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.