Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Saya Sabri Adnan” – Lanun warga Indonesia mengaku diri rakyat tempatan kepada pegawai Jabatan Imigresen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Saya Sabri Adnan” – Lanun warga Indonesia mengaku diri rakyat tempatan kepada pegawai Jabatan Imigresen

Kuala Terengganu: ‘Saya Sabri Adnan.’ Itu kata lanun warga Indonesia ketika memperkenalkan diri kepada pegawai Jabatan Imigresen selepas ditemui terdampar di pantai Kampung Seberang Takir, Kuala Nerus, dekat sini, 11 September lalu.

 

"Saya Sabri Adnan" - Lanun warga Indonesia mengaku diri rakyat tempatan kepada pegawai Jabatan Imigresen

“Saya Sabri Adnan” – Lanun warga Indonesia mengaku diri rakyat tempatan kepada pegawai Jabatan Imigresen

 

 

Untuk rekod, lelaki berusia 46 tahun itu seorang daripada tiga lanun yang dapat meloloskan diri pada cubaan rompak kapal tangki yang gagal di perairan Kuala Terengganu, awal bulan ini.

Bagaimanapun, helah lanun terbabit gagal apabila pemeriksaan mendapati dia warga Indonesia sebelum diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk siasatan lanjut.

Pengarah Maritim Daerah Maritim 9 Kapten Maritim Rahim Ramli berkata, suspek memperkenalkan diri sebagai Sabri Adnan, warga tempatan, bagi mengelirukan pihak berkuasa.

“Bagaimanapun, Jabatan Imigresen menemui data peribadi suspek sebelum mendapati dia seorang daripada tiga suspek yang lolos pada operasi menahan lanun oleh APMM pada 7 September lalu.

“Jabatan Imigresen menyerahkan suspek kepada kami 18 September lalu dan lelaki terbabit direman seminggu bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata,” katanya, semalam.

Pada 7 September lalu, APMM menahan 10 lanun warga Indonesia yang cuba merompak sebuah kapal tangki di perairan berhampiran Pulau Redang.

APMM turut menahan seorang lagi lelaki berusia 59 tahun, juga warga Indonesia, dalang utama jenayah itu di sebuah hotel di Johor Bahru, Johor.

Lanun terbabit sudah didakwa di Mahkamah Sesyen dan dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dengan enam daripada mereka turut dikenakan hukuman lima sebatan.

Sumber: Metro



Sumber “Saya Sabri Adnan” – Lanun warga Indonesia mengaku diri rakyat tempatan kepada pegawai Jabatan Imigresen

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wJEYz0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.