Hi! Welcome Back and Stay Tune! Banyak kelemahan perlu dibaiki - Teong Kim - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Banyak kelemahan perlu dibaiki - Teong Kim

KUALA LUMPUR: Pengendali skuad bawah 16 tahun (B-16) negara, Lim Teong Kim mengaku masih banyak kerja rumah yang perlu dilakukan selepas pasukannya tumbang 4-0 di tangan Jepun pada aksi terakhir Kumpulan J Kelayakan Kejohanan AFC di Stadium Wibawa Mukti, Bekasi, Indonesia, hari ini.

Malaysia yang menamatkan cabaran di tangga kedua di belakang jaguh Asia itu, bagaimanapun sudah mengesahkan tempat ke pusingan akhir lebih awal menerusi slot selaku pasukan tuan rumah yang bakal berlangsung tahun depan.

"Apabila kita bertanding sesuatu kejohanan, sudah pasti kita mahukan kemenangan dan itulah sasaran utama apabila hadir ke sini.

"Boleh lihat pemain kita dah cuba macam-macam tetapi Jepun dilihat lebih kuat berbanding kita.

"Mereka bukan calang-calang pasukan, malah persembahan mereka begitu berkualiti dan kita masih ada masa untuk perbaiki segala kelemahan sebelum kejohanan sebenar bermula tahun depan," katanya pada sidang media sejurus tamat aksi kedua-dua pasukan hari ini.

Selepas gah menjadikan Singapura dan Guam sebagai 'lauk' dalam dua aksi pertama, skuad muda negara gagal meneruskan rentak cemerlang itu apabila skuad Samurai Biru itu menunjukkan realiti sebenar bola sepak antarabangsa.

Dalam aksi itu, skuad kendalian Kenji Arima itu jelas menguasai sebahagian besar permainan dan hasilnya mereka mendahului dua gol pada babak pertama menerusi jaringan Yuji Yoshida pada minit ke-23 sebelum Keita Ueda menambah gol kedua selang empat minit kemudian.

Jepun terus menghukum kelemahan pertahanan negara pada babak kedua menerusi Keita Nakano (m-49) dan Yusuke Aoki (m-73) untuk meraih kemenangan ketiga berturut-turut selepas meraih turut membelasah Guam 20-0 dan Singapura 11-0.

"Terdapat beberapa kelemahan berjaya dikenal pasti hasil daripada perlawanan ini dan saya perlu segera memperbaikinya. Apapun, pemain kita sudah jauh meningkat daripada sebelum ini," katanya.

Tamat...



Sumber Banyak kelemahan perlu dibaiki - Teong Kim

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fpQE2v

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.