Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mustapa ke Arab Saudi, Turki - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mustapa ke Arab Saudi, Turki

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed akan mengetuai misi perdagangan dan pelaburan ke Arab Saudi dan Turki mulai esok hingga 28 September 2017.

Dalam kenyataan hari ini, MITI berkata, misi itu terdiri daripada 10 pegawai daripada kementerian terbabit dan agensinya serta 20 ahli perniagaan daripada 12 organisasi.

Katanya, misi yang akan meliputi Riyadh dan Jeddah di Arab Saudi serta Istanbul di Tuki itu sebahagian daripada usaha kerajaan mengukuhkan hubungan ekonomi dua hala dengan negara terbabit.

"Program di Arab Saudi termasuk perbincangan intensif sebagai susulan daripada pelbagai keputusan yang telah dipersetujui kedua-dua kerajaan dan sektor swasta semasa lawatan Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ke Malaysia pada Februari lepas," katanya.

MITI berkata, Mustapa dijadual menemui rakan sejawatnya Menteri Perdagangan dan Pelaburan serta Menteri Tenaga, Industri dan Sumber Galian dan Menteri Ekonomi dan Perancangan semasa lawatannya ke Riyadh.

Di Turki, MITI berkata, Mustapa akan menemui menteri ekonomi negara itu bagi membincangkan peluasan skop di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Turki yang dikuatkuasa pada 2015.

"Selain menemui pegawai kerajaan, Mustapa akan bertemu dengan dewan perniagaan dan industri tempatan serta tokoh penting komuniti perniagaan Arab Saudi dan Turki bagi mempromosi Malaysia sebagai rakan kongsi perdagangan dan pelaburan yang ideal," katanya.

Tahun lalu, Malaysia mencatat perdagangan berjumlah RM13.99 bilion (AS$3.37 bilion) dengan Arab Saudi, meningkat 27.8 peratus daripada RM10.95 bilion (AS$2.82 bilion) pada 2015, manakala bagi tempoh Januari-Julai 2017, jumlah dagangan antara Malaysia dan Arab Saudi meningkat 17 peratus kepada RM8.38 bilion (AS$1.91 bilion) daripada RM7.16 bilion (AS$1.75 bilion) dalam tempoh yang sama 2016.

Dengan Turki pula, Malaysia mencatat perdagangan dua hala bernilai RM8.42 bilion (AS$2.02 bilion) tahun lalu, meningkat 50.2 peratus daripada RM5.61 bilion (AS$1.43 bilion) pada 2015. Bagi tempoh Januari-Julai 2017, jumlah dagangan antara Malaysia dan Turki meningkat 64.2 peratus kepada RM7.07 bilion (AS$1.62 bilion) daripada RM4.31 bilion (AS$1.05 bilion) dalam tempoh yang sama pada 2016. - Bernama



Sumber Mustapa ke Arab Saudi, Turki

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wKuv6j

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.