Kajian: Individu rajin buat kerja rumah panjang umur
Kajian terbaharu oleh pakar kesihatan di sebuah universiti dekat sini mendapati, aktiviti berkebun, mencuci lantai atau membersihkan dapur mampu menyelamatkan nyawa.
Laporan kajian dari McMaster University itu mendapati, melakukan kerja rumah lima kali seminggu selama setengah jam dapat mengurangkan risiko kematian sebanyak 28 peratus dan penyakit jantung sebanyak 20 peratus.
Lebih banyak kerja rumah yang dapat membantu individu untuk kekal aktif selama 750 minit seminggu juga didapati mengurangkan peluang untuk kematian awal hampir 40 peratus.
Hasil kajian tersebut diperoleh berdasarkan kajian terperinci aktiviti harian seramai 130,000 individu berusia 35 hingga 70 tahun dari 17 negara berbeza selama hampir tujuh tahun.
Kajian tersebut turut mendapati bahawa jika setiap individu melakukan aktiviti fizikal 150 minit setiap minggu kadar masalah kardiovaskular juga akan berkurangan hampir lima peratus.
Pakar yang mengetuai kajian tersebut, Dr. Scott Lear seperti dipetik Daily Mail berkata, laporan berkenaan akan menggalakkan orang ramai terutamanya golongan berpendapatan rendah untuk sentiasa kekal aktif walaupun mereka tidak mempunyai akses ke gim.
“Hasil kajian ini menekankan bahawa apa sahaja jenis aktiviti fizikal yang dilakukan secara rutin sama ada membersihkan rumah atau berjalan cepat untuk bekerja pada waktu pagi membantu kita kekal cergas dan sihat.
“Cara tersebut juga merupakan pendekatan kos rendah untuk mencegah penyakit kardiovaskular dan kajian kami menyediakan bukti kukuh untuk menyokong campur tangan badan kesihatan awam bagi meningkatkan semua bentuk aktiviti fizikal di rantau ini,” katanya.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan orang dewasa berusia 18 hingga 64 tahun perlu melakukan senaman selama 150 minit setiap minggu di samping latihan kecergasan dua kali seminggu.
Tetapi anggaran menunjukkan bahawa hanya satu perempat penduduk di seluruh dunia memenuhi garis panduan tersebut.
Sumber: Utusan Online
Sumber Kajian: Individu rajin buat kerja rumah panjang umur
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xy23n9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment