Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isu perletakan jawatan dalam Bersatu: Ini dia respon Muhyiddin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isu perletakan jawatan dalam Bersatu: Ini dia respon Muhyiddin

‘Saya tidak terkilan, mereka tidak fahami erti perjuangan’
DALIA ISMAIL  -  September 17, 2017 2:44 am 
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin sedikit pun tidak berasa terkilan dengan keputusan Naib Presiden dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu mengumumkan keluar parti semalam.

“Keputusan yang dibuat oleh mereka adalah pilihan sendiri, tiada gesaan.

“Bagi saya itu hak mereka, kita hormati hak mereka… tidak mengapa,” ujarnya.

Beliau ditemui selepas menghadari Ceramah Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi anjuran Pakatan Harapan di Sri Rampai malam tadi.

Setiausaha Bersatu Datuk Shaharuddin Md Salleh semalam, mengesahkan parti itu menerima keputusan peletakan jawatan Datuk Hamidah Osman selaku Naib Presiden dan Ketua Penaja Bersatu Gopeng serta ahli Bersatu berkuatkuasa serta merta semalam.

Sebelum itu Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Anina Saadudin melalui sidang media yang diadakan di  Bangi  mengumumkan peletakan jawatannya dan mengumumkan keluar parti kerana kecewa dengan pucuk pimpinan parti itu.

Mengulas mengenai keputusan yang diambil oleh pimpinan utama parti itu semalam serentak, Muhyiddin hanya berkata, keputusan dibuat itu di kalangan mereka yang tidak memahami erti perjuangan sebenar.

“Setiap hari juga ada ahli yang menyertai kita, ramai  yang baharu .Sebahagian mereka tidak memahami maksud perjuangan sebenar, dia fikir mudah…itu biasa (keluar parti).

“Sedangkan inilah cabaran bagi kita. Saya tidak berasa terkilan atau galat dengan keputusan yang mereka buat,” ujarnya tanpa mahu mengulas lanjut.

Ditanya mengenai kekosongan dua jawatan bagi Naib Presiden dan MPT yang ditinggalkan Hamidah dan Anina itu, Muhyiddin berkata, pihaknya akan membawa perbincangan di peringkat majlis tertinggi parti itu dan merujuk kepada pakar undang-undang terlebih dahulu.

“Jawatan naib preseidn dan majlis pimpinan tertinggi kita akan rujuk kepada pakar undang-undang. Nanti kita akan but keputusan berkaitan keperluan mengisi kekosongan jawatan ditinggalkan,” ujarnya.

Selain Hamidah dan Anina sebelum ini salah seorang pengasas Bersatu Kamarulazman Habibur Rahmah turut melepaskan jawatan sebagai Setiausa Kerja parti pada April lalu kerana mendakwa parti itu hanya mengutamakan jawatan bukannya berjuang demi rakyat.

* Sepatutnya Muhyiddin mengulas isu yang membawa kepada perletakan jawatan oleh mereka-mereka yang terlibat bukannya menjawab rambang tentang fahaman perjuangan.
Adakah Muhyiddin cuba mengelabukan isu sebenar atau memang Muhyiddin tak faham?


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xIlY3X

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.