Kanak-kanak perempuan maut, leher tersepit meja lipat
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, maut apabila lehernya tersepit di kaki meja lipat di rumahnya di Kampung Kok Bedullah, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, Nor Hadirah Noraini Makeruddin, sedang bermain bersama adiknya, Mohd Hazman Hadif, 4, di luar rumah, manakala ibunya, Che Gayah Che Hassan, 49, berada di dalam rumah.
Che Gayah berkata, kejadian itu disedari apabila Mohd Hazman Hadif naik ke rumah dan memberitahu kakaknya, Nor Shahriah, 18, yang mangsa ‘tidur lama’ dan lehernya tersepit di kaki meja.
“Nor Shahriah segera turun untuk melihat apa yang berlaku dan segera menjerit memanggil saya sebaik melihat keadaan Hadirah yang terlentang dan terkulai di celah kaki meja lipat.
“Saya dengan pantas cuba menarik kaki meja bagi melepaskan leher Hadirah yang ketika itu wajahnya sudah kelihatan agak kebiruan,” katanya ketika di temui di rumahnya, sebentar tadi.
Sebaik berjaya menarik kaki meja itu, mangsa segera didukung naik ke dalam rumah dan kemudian berlari ke rumah jiran memaklumkan kejadian itu berikutan suaminya, Makeruddin Awang Hamat, 54, tiada di rumah kerana keluar bekerja.
Mangsa segera dibawa ke Hospital Tumpat untuk menjalani pemeriksaan lanjut, namun doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
Jenazah dibawa pulang ke rumah dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kok Bedullah selepas Isyak malam ini.
Sumber: BH Online
Sumber Kanak-kanak perempuan maut, leher tersepit meja lipat
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2j7ZTW3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment