Murid terpaksa tahan malu: Ditendang, kepala ditekup baldi dan muka ditonyoh penyapu
Seorang murid lelaki terpaksa menahan malu dan sakit akibat dibuli oleh beberapa rakan sekolahnya di dalam kelas yang didakwa berlaku di sebuah sekolah di Dengkil.
Video berdurasi 1 minit 51 saat yang dirakam oleh rakan pembuli itu menunjukkan mangsa yang memakai pakaian sukan itu digoncang kepala, tangannya ditendang beberapa kali dan kepalanya ditekup dengan tong sampah.
Mangsa juga ditendang berkali-kali di tangan, belakang badan, kepala dan mukanya ditonyoh dengan penyapu,
Mangsa tidak berdaya melawan hanya mampu menangis dan menahan dirinya diperlakukan sedemikian, sementara kumpulan berkenaan mentertawakannya.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada video yang tersebar itu adalah kes buli terbaru atau lama. Juga tiada maklumat teperinci mengenai kejadian itu. Namun netizen meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap murid-murid yang terlibat.
Sumber: The Reporter
Sumber Murid terpaksa tahan malu: Ditendang, kepala ditekup baldi dan muka ditonyoh penyapu
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wNm5Ig
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment